KORONAVIRUS
Temasek beku naik pangkat, gaji untuk kumpul dana
Feb 26, 2020 | 05:30 AM
YAYASAN Temasek akan membekukan kenaikan gaji dan pangkat pekerjanya bermula April ini untuk mengumpul dana bagi mereka yang terjejas oleh wabak koronavirus Covid-19.
Di samping pembekuan gaji itu, pengurusan kanan termasuk pengarah pengurusan ke atas, boleh mengambil potongan gaji dasar sehingga 5 peratus sehingga setahun.