KEPRIHATINAN ingin mewujudkan generasi pelapis yang mencintai seni tari merangsang jurutari mapan dan pembimbing kumpulan penari dari Universiti Nasional Singapura (NUS), NUS Ilsa Tari, Encik Osman Abdul Hamid, menganjurkan sebuah pementasan, forum dan bengkel tarian yang dinamakan Temasek Berbisik.
Pementasan yang diberi nama Kemuncak itu bakal dipentaskan pada 8 malam Sabtu ini di Dewan Pusat Budaya Universiti, NUS.