Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Temasek capai rekod lebihi nilai portfolio pelaburan $400 bilion buat pertama kali

Jul 12, 2022 | 04:52 PM



NILAI portfolio pelaburan bersih firma pelaburan, Temasek Holdings, mencapai paras rekod melebihi $400 bilion dalam tahun kewangan lalu, dengan Singapura menggantikan China sebagai destinasi pelaburan teratas bagi syarikat itu.



Temasek, dalam semakan tahunannya yang dikeluarkan hari ini, berkata Nilai Portfolio Bersih (NPV) mereka mencapai $403 bilion bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Mac tahun ini - naik $22 bilion daripada $381 bilion dalam tahun kewangan sebelum ini.



Sepanjang tahun kewangan lalu, Temasek membuat pelaburan sebanyak $61 bilion dan menjual pelaburan bernilai $37 bilion.



Dalam usaha membina portfolio yang berdaya tahan, Temasek terus melabur dalam peluang yang sejajar dengan empat trend struktur jangka panjang - pendigitalan, kehidupan mampan, masa depan perbelanjaan, dan jangka hayat lebih lama.



Ketua Pegawai Pelaburan Temasek, Encik Rohit Sipahimalani, berkata meskipun prospek pertumbuhan semakin perlahan dan pandangan tidak menentu, syarikatnya tetap dipandu oleh “falsafah pelaburan” mereka untuk menjana pulangan terlaras risiko dalam jangka panjang.



“Kami akan secara berhemat mengendalikan risiko dan peluang yang muncul daripada kejadian makroekonomi dan pasaran.



“Mengambil kira kemungkinan munasabah kemelesetan dalam pasaran maju sepanjang tahun hadapan, kami mengekalkan pendirian pelaburan yang berhati-hati sementara kekal fokus untuk membina portfolio berdaya tahan yang disokong trend struktur yang kami telah mengenal pasti,” kata beliau.



Kadar Pulangan Pemegang Saham Keseluruhan (TSR) pula tumbuh sebanyak 5.81 peratus, lebih rendah berbanding 24.53 peratus dalam tahun kewangan sebelumnya.



Sejak dibentuk pada 1974, TSR mencatatkan 14 peratus tahunan secara kompaun. Ia mencecah 8 peratus bagi TSR selama 20 tahun dan 7 peratus bagi 10 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >