Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

Temasek dijangka beli rangkaian hospital India bernilai $378 juta

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Temasek dijangka beli rangkaian hospital India bernilai $378 juta

Dec 15, 2015 | 11:41 AM

TEMASEK Holdings akan membeli 72 peratus saham rangkaian penjagaan kesihatan kelima terbesar India, Care Hospital, sebanyak 18 bilion rupees ($378.4 juta), lapor beberapa laporan media.

Saham tersebut akan dibeli daripada pemilik hospital itu, Advent International, yang merupakan sebuah firma ekuiti swasta Amerika Syarikat, kata laporan Economic Times dan Times of India.

Menurut laporan itu, Temasek sebelum ini telah berganding bahu dengan TPG Growth untuk membentuk sebuah konsortium tetapi pihak tersebut menarik diri beberapa minggu sebelum ini atas sebab harga dan hal-hal lain yang tidak dinyatakan.

Apabila selesai, pembelian ini merupakan pertama kali Temasek membeli saham majoriti sebuah syarikat India secara sendirian, kata Economic Times.

Awal tahun ini, Temasek telah bekerjasama dengan Advent untuk membeli divisyen pengguna Crompton Greaves.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3