Temasek edar pelitup bedah, N95 hujung Ogos bagi tangani varian Delta, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
4:00
Maghrib
7:03
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Temasek edar pelitup bedah, N95 hujung Ogos bagi tangani varian Delta

Aug 04, 2021 | 05:49 PM

SATU lagi latihan edaran pelitup akan bermula bulan ini. Kali ini, Yayasan Temasek akan mengedarkan pelitup bedah dan N95 percuma pula.

Varian Delta adalah dua kali ganda lebih mudah menjangkiti berbanding varian koronavirus yang menyebabkan Covid-19 menular tahun lalu dan memerlukan warga Singapura menggunakan pelitup lebih berkesan bagi mengurangkan jumlah jangkitan, kata Ketua Eksekutif Temasek, Cik Ho Ching di Facebook pada Rabu (4 Ogos).

Mengambil kira setiap kes mempunyai kadar jangkitan antara lima hingga enam orang, beliau berkata 80 peratus penduduk kini perlu menggunakan "80 peratus pelitup berkesan atau lebih baik lagi" bagi mengekang penularan wabak ini.

Bagi memudahkan urusan ini, Yayasan Temasek sedang bekerjasama dengan pusat beli-belah Capitaland dan pasar raya lebih besar bagi mengedarkan pelitup menggunakan bil utiliti SP Group, jelas Cik Ho.

Di bawah latihan baru ini, setiap isi rumah akan menerima 50 pelitup bedah gred eprubatan dan 25 pelitup alat pernafasan N95.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Latihan yang awalnya dijadualkan bermula selepas Hari Kebangsaan ditunda hingga hujung bulan ini bagi membolehkan pertubuhan yang terlibat miliki lebih banyak masa bagi menguji sistem ini, tambah Cik Ho.

Yayasan Temasek juga berkata tiada latihan edaran pelitup pada Rabu (4 Ogos) selepas foto iklan kain rentang yang menunjukkan edaran pelitup tersebar dalam talian.

Hanya latihan mendapatkan pelitup yang diuji dan tidak dibuka kepada orang awam berlangsung mulai 4 Ogos.

"Memandangkan kotak pelitup lebih besar daripada oksimeter yang kecil, pihak farmasi tidak mempunyai ruang secukupnya bagi membolehkan orang ramai mendapatkannya di farmasi. Justeru, mereka tidak terlibat dalam latihan bagi (dua atau tiga) kotak pelitup ini," jelas Cik Ho.

Farmasi terlibat dalam edaran oksimeter antara 5 Julai dengan 5 Ogos.

Menjelaskan lebih lanjut tentang sebab menggunakan pelitup bedah gred perubatan, Cik Ho berkata pelitup sebegini mempunyai keberkesanan penurasan pada kadar 95 peratus lebih baik. 

Beliau menambah pelitup N95 dipakai bagi pekerjaan berisiko tinggi seperti menjaga pesakit Covid-19 atau ketika menjalankan ujian swab beramai-ramai.

Sebagai perbandingan, pelitup lapisan seganda yang boleh dipakai semula serta pelitup pakai buang berlisu boleh menawarkan perlindungan sekitar 80 peratus sahaja.

Katanya: "Dengan pelitup bedah gred perubatan dan pelitup n95 dengan keberkesanan 95 peratus lebih baik, kita boleh mempunyai pilihan tambahan bagi perlindungan lebih baik."

Cik Ho menambah pelitup bedah gred perubatan harus dipakai mereka dengan tanda jangkitan seperti flu atau dalam kunjungan ke hospital atau rumah jagaan. Pelitup N95 pula bagi kegunaan seseorang yang diuji positif Covid-19 pada kit ujian pantas antigen.

Wakil isi rumah digalakkan mengurangkan pembuangan plastik dengan membawa beg mereka sendiri untuk mengangkat kotak pelitup apabila latihan edaran bermula.

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map