Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Temasek labur $1b setahun bangun inovasi teknologi tinggi

Pelaburan termasuk bidang perkilangan maju, sains hayat, dan teknologi berkaitan makanan
Oct 16, 2021 | 05:30 AM



FIRMA pelaburan Temasek akan menyalurkan $1 bilion setahun untuk membiayai pembangunan inovasi teknologi dalam pelbagai bidang.



Ini termasuk dalam bidang seperti perkilangan maju, sains hayat, dan teknologi yang berkaitan dengan makanan.



Mengumumkannya semalam, Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang juga pengerusi Yayasan Penyelidikan Nasional (NRF), berkata pelaburan tersebut boleh membantu memperkukuh kedudukan Singapura dalam rantai bekalan teknologi global.



"Saya berharap Temasek akan membangun pemimpin global baru daripada pelaburan ini pada masa depan.



"Saya juga mengalu-alukan pelabur yang memberi tumpuan kepada inovasi untuk mencari peluang di Singapura, dan menerusi Singapura di rantau ini," kata Encik Heng.



Beliau berkata demikian semalam semasa berucap di Acara Hari Industri RIE (Penyelidikan, Inovasi dan Perusahaan) di Marina Bay Sands, yang mengumpulkan pemimpin perniagaan, akademik dan penyelidik terkemuka.



Pelaburan oleh Temasek itu adalah tambahan kepada peruntukan $25 bilion di bawah pelan RIE2025 Singapura untuk pembangunan teknologi dan huraian canggih.



Pelan itu antara lain bertujuan membangunkan negara ini sebagai titik tumpuan "Global-Asia" bagi teknologi, inovasi dan perusahaan.



Encik Heng menjelaskan tiga cara untuk meningkatkan inovasi di Singapura.



Pertama, menjadikan inovasi lebih meluas dengan memastikan negara ini mempunyai ekosistem yang rancak untuk mendorong inovasi.



Ini boleh dilakukan dengan mendapatkan khidmat pihak lain bagi mengatasi huraian, mengeratkan hubungan dengan penyelidik, serta bekerjasama dengan pihak lain.



Kedua, usaha inovasi juga boleh ditumpukan dalam bidang yang akan mempunyai kesan paling besar.



Encik Heng berkata pelaburan Singapura dalam penyelidikan adalah "sebahagian kecil" daripada apa yang dilaburkan di peringkat global. Untuk memberi kesan, usaha inovasi itu perlu mempunyai tumpuan, bersifat lincah dan berorientasi pada tindakan.



Ketiga, Singapura juga harus siap untuk melabur dalam usaha inovasi dalam jangka masa yang berlainan, dan bersabar dengan penyelidikan atau perubahan yang memerlukan lebih banyak waktu untuk dikembangkan.



Encik Heng memberi contoh syarikat sains bahan tempatan NanoFilm dari Universiti Teknologi Nanyang yang mengambil masa 20 tahun sebelum disenarai di Bursa Singapura.



Satu lagi contoh ialah penyelidikan oleh Profesor Sekolah Perubatan Duke-NUS Wang Linfa mengenai virus bawaan kelawar yang mengambil masa dua dekad bagi menyediakan asas bagi ujian serologi cPass untuk Covid-19.



Encik Heng berkata pemerintah akan terus menyokong inovasi, termasuk penyelidikan asas yang mungkin memerlukan waktu lebih lama untuk dikembangkan.



Beliau berkata Singapura memperuntuk sepertiga daripada belanjawan penyelidikan dan pengembangannya - atau $8 bilion - untuk penyelidikan asas dalam tempoh lima tahun akan datang.




"Menerusi pelaburan ini, kami boleh memperkukuh kedudukan kami dalam rantai bekalan teknologi global. Saya berharap Temasek akan membangun pemimpin global baru daripada pelaburan ini pada masa depan."
- Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat mengenai rancangan Temasek menyalurkan $1 bilion setiap tahun bagi membangun teknologi 'deep tech'




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >