Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22

Temasek, SPH gabung syarikat Mice

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Temasek, SPH gabung syarikat Mice

Feb 01, 2021 | 08:07 PM

TEMASEK dan Singapore Press Holdings Limited (SPH) telah memeterai perjanjian menggabungkan anak syarikat bagi mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (Mice) mereka, SingEx Holdings Pte Ltd dan Sphere Exhibits Pte Ltd, menjadikan SingEx-Sphere Holdings Pte Ltd.

Temasek akan memiliki 60 peratus sementara SPH memiliki 40 peratus SingEx-Sphere.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, SingEx-Sphere berkata ia mahu menjadi ketua pasaran Mice bagi acara hibrid dari gabungan portfolio pengurusan acara, tempat dan perundingan perniagaan.

Gabungan tersebut menyatukan dua firma Mice terkemuka dengan matlamat menjadi pendahulu industri bagi pertumbuhan di rantau Asia Pasifik.

Ketua SingEx, Encik Robin Hu berkata:
"Acara dan pameran kekal antara saluran pemasaran paling kuat bagi perniagaan di seluruh dunia.

"Kedua-dua SingEx dan Sphere dengan lebih lima dekad pengalaman...telah membina asas yang kukuh bagi Mice di Singapura dan rantau kita."

Ketua Pegawai Eksekutif SPH, Encik Ng Yat Chung, pula menambah:
"Kami mengalu-alukan kerjasama dengan Temasek untuk mencapai visi SingEx-Sphere dan mendorong industri Mice di Asia Pasifik ke tahap lebih tinggi bagi manfaat pengguna dan perniagaan."

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3