Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempah flat HDB sehari lepas permohonan mulai 18 Jun

Jun 13, 2019 | 05:30 AM



MULAI 18 Jun, orang ramai boleh menempah bagi flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) sehari selepas mereka membuat permohonan.



Sebanyak 123 flat ditawarkan di bawah skim Tawaran Semula Baki Flat (ROF) yang telah dipertingkat.



Ini membolehkan orang ramai menempah flat yang tidak dijual daripada pelancaran flat baru HDB pada bila-bila masa.



Sebelum ini, flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang tidak dijual ini hanya boleh ditempah semasa jualan yang berlangsung dua kali setahun.



Daripada 123 flat yang ditawarkan itu, 105 flat terletak di Ang Mo Kio, Bukit Merah dan Toa Payoh manakala baki 18 flat terletak di estet bukan matang termasuk Bukit Batok dan Jurong West.



Namun, sesetengah flat itu mempunyai sekatan dari segi etnik.



Ini bermakna orang Cina hanya boleh memohon bagi 26 daripada flat yang ditawarkan itu.



Sementara itu, orang Melayu boleh memohon bagi 115 daripada flat itu manakala orang India dan kaum lain pula boleh memohon bagi 119 daripadanya.



Saiz flat juga mungkin menjadi satu pertimbangan kerana sekitar separuh daripada flat yang ditawarkan itu - atau 57 flat - merupakan flat tiga bilik manakala 17 daripadanya merupakan flat tiga generasi yang memerlukan ibu bapa tinggal bersama anak mereka yang sudah berumahtangga di bawah satu bumbung.



Namun, kebanyakan pembeli flat kali pertama biasanya memilih untuk tinggal di flat empat bilik.



Daripada 123 flat yang ditawarkan, hanya 23 flat merupakan flat empat bilik.



Bakinya termasuk flat fleksi dua bilik dan flat eksekutif.



Skim yang dipertingkat itu, yang diumumkan Februari lalu, merupakan sebahagian usaha HDB memastikan orang ramai mudah membeli flat, lapor akhbar The Straits Times.



Dengan skim itu juga, orang ramai boleh melihat senarai flat yang ditawar itu pada bila-bila masa, membuat permohonan di dalam talian dan memilih unit dengan segera, seawal hari bekerja seterusnya.



Malah, ini juga bermakna mereka boleh berpindah ke mahligai baru mereka itu dengan lebih cepat.



Sebelum ini, flat BTO yang tidak dijual selepas dilancarkan hanya ditawarkan di bawah Jualan Baki Flat (SBF) atau ROF yang berlangsung pada masa tertentu.



Orang ramai juga harus menunggu sehingga waktu permohonan ditutup sebelum mendapat tahu sama ada permohonan mereka itu berjaya atau tidak.



Butiran tentang flat ROF yang boleh ditempah boleh didapatkan di laman web HDB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >