Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempah tempat di poly walau belum terima keputusan periksa

Jan 20, 2019 | 05:30 AM



Keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat ‘O’ diumumkan Isnin lalu. Meskipun ia menandakan tamatnya pelajaran di bangku sekolah menengah, bagi ramai pelajar, perjalanannya tidak mudah. Malah, banyak pengorbanan ataupun ujian perlu ditempuh bagi menuju kejayaan. BERITA MINGGU mengetengahkan beberapa pelajar yang telah menggagahi cabaran demi mencapai kejayaan. Ikuti kisah mereka.




BELUM lagi keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'O' sampai ke dalam tangan, tempatnya sudah 'ditempah' di Politeknik Nanyang.



Berkat usahanya dalam bukan sahaja pelajaran malah kegiatan kokurikulum (CCA), Muhammad Nurhaziq Sahul H berjaya mendapat peluang menceburi jurusan Terapi Kesihatan Pergigian (Oral Health Therapy) menerusi Latihan Kemasukan Awal (EAE) walaupun belum melihat keputusan peperiksaannya.



Ini satu langkah ke arah mencapai cita-citanya iaitu menjadi doktor gigi satu hari nanti.



Kelmarin, pelajar Sekolah Menengah Mayflower itu merupakan antara 26,750 pelajar yang menduduki peperiksaan GCE Peringkat 'O' tahun lalu.



Kohort itu mencatat rekod baru dengan 84.8 peratus pelajar lulus lima subjek atau lebih.



Haziq, 16 tahun, pula berjaya meraih satu markah kepujian (distinction), lima gred B dan dua gred C, lantas mengesahkan lagi tempatnya di Politeknik Nanyang.



Menurut Haziq, dia telah memberi yang terbaik dan berusaha dengan gigih sekali.



"Walau bagaimanapun, saya tetap rasa keputusannya boleh lebih baik," ujar Haziq yang sering meletakkan harapan tinggi terhadap dirinya.



Tidak hairanlah sifat kepimpinannya terserlah.



Dia menyandang jawatan sebagai Sarjan Utama Unit (unit sergeant major), yang juga merupakan jawatan tertinggi dalam CCA dia, Pasukan Kadet Kebangsaan (NCC).



Di samping itu, tahun demi tahun, dia mewakili sekolahnya buat pertandingan.



Meskipun berhadapan dengan jadual yang padat, anak muda itu positif dan mengingatkan dirinya bahawa dia memikul tanggungjawab berat sebagai USM NCC.



"Saya memegang jawatan ini, oleh itu saya perlu menunjukkan contoh yang baik. Saya tidak boleh abaikan pelajaran saya. Walau apa jua sekalipun, saya mesti mencari masa buat pelajaran," jelas anak bongsu dalam tiga adik beradik itu.



Haziq menyifatkan dirinya sebagai malas belajar sewaktu di peringkat awal bangku sekolah menengah tetapi lama-kelamaan, dia menyedari kepentingan pelajaran, dan memberi lebih tumpuan.



"Apabila saya sampai ke sekolah pada awal pagi, saya akan belajar dan kadangkala semasa waktu rehat juga... sehinggakan pernah tak makan," ujarnya.



Selain itu, yang banyak mendorongnya juga adalah ibu bapa dia yang tidak putus memberi sokongan moral.



Bagi Haziq, mengimbangi masa itu penting.



"Jangan terlalu stres. Cuba untuk berseronok juga, kerana terlalu banyak stres akan membuat kita senang putus asa," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >