Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG RAYA

Tempahan kereta sewa bagi Raya kurang rancak

Ada syarikat kereta sewa lihat tempahan merosot hingga 20% tahun ini
May 11, 2021 | 05:30 AM



PERMINTAAN bagi kereta sewa terus muram bagi Hari Raya ini, sekali gus menghampakan syarikat-syarikat sewa kereta yang mengharapkan permintaan lebih rancak setelah Covid-19 menjejas teruk perniagaan mereka.



Ini meskipun banyak syarikat sedemikian menawarkan pelbagai promosi istimewa dengan harapan untuk menarik pelanggan - yang tahun ini dibolehkan kunjung-mengunjung meskipun dengan keterbatasan berbanding menyambut Aidilfitri di tengah-tengah tempoh pemutus rantaian jangkitan tahun lalu.



Contohnya, awal tahun ini, syarikat Motorway Rental menawarkan pakej lima dan enam hari yang bermula dari $500.



Namun begitu, pengarah jualan syarikat itu, Cik Kelly Goh, berkongsi pihaknya melihat kemerosotan sebanyak 20 peratus dalam jumlah penyewaan kereta tahun ini.



"Masih ada pelanggan yang menyewa tapi jumlahnya agak rendah tahun ini.



"Bagi mereka yang masih memilih untuk ambil pakej sewa kereta, saya rasa mereka memilih untuk melakukannya kerana ia merupakan pilihan yang lebih selamat semasa melakukan kunjungan Hari Raya," kata Cik Goh.



Tambahnya, semua kereta yang disewakan itu akan dibersihkan dengan rapi sebelum diserahkan kepada pelanggan sebagai langkah keselamatan semasa penularan wabak ini.



Menurut syarikat-syarikat yang dihubungi Berita Harian (BH), sebilangan besar daripada mereka yang menyewa kereta sempena perayaan yang mendatang adalah keluarga besar.



Satu lagi syarikat yang menjalankan promosi sewa kereta pada waktu perayaan seperti Hari Raya adalah ComfortDelgro Rent-A-Car.



Pegawai perhubungan korporat ComfortDelGro, Cik Tammy Tan, beliau berkata pihaknya agak berpuas hati dengan sambutan pelanggan.



"Kami memulakan promosi Hari Raya tahun ini pada bulan Mac dan kadar pengambilan sangat menggalakkan walaupun ia tidak sama dengan tahap permintaan yang kami lihat sebelum Covid-19.



"Ramai di antara mereka yang menyewa kereta daripada kami ialah golongan lelaki yang berusia antara 28 hingga 45 tahun," jelas Cik Tan.



Walaupun terdapat khidmat kereta sewa privet (PHC) seperti Grab dan Gojek, syarikat-syarikat ini berkata ramai pelanggan rasa lebih selesa dengan memiliki kereta sewa untuk berjalan Raya.



Antara mereka adalah Cik Puteri Nur Emilia Samian.



Saban tahun, beliau dan keluarganya tidak akan melepaskan peluang menyewa kereta terutama pada minggu pertama Hari Raya.



Tahun ini, beliau telah menyewa kereta selama enam hari mulai malam Hari Raya.



Berkongsi mengapa beliau memilih untuk menyewa kereta, Cik Puteri berkata:



"Ia memberikan kemudahan perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain. Kita juga dapat menjimatkan masa.



"Kami menjangkakan perkhidmatan kereta sewa privet seperti Grab, Gojek dan Ryde akan mendapat permintaan yang meningkat yang mungkin menyebabkan kenaikan harga.



"Jadi adalah lebih praktikal bagi kami menyewa kereta semasa tempoh perayaan ini."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >