Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENJELANG SYAWAL: EKONIAGA

Tempahan makanan Raya lonjak tinggi tahun ini

Aidilfitri jatuh pada pertengahan minggu dipercayai punca utama lebih ramai menempah daripada masak sendiri
Jul 05, 2016 | 05:30 AM



HARI Raya Aidilfitri yang jatuh esok membuat ramai keluarga memutuskan mendapatkan khidmat katering bagi juadah Raya.



Beberapa syarikat katering yang diwawancara berkata jumlah makanan yang ditempah tahun ini meningkat berbanding tahun lalu.



Bagi syarikat Farah Diana Catering misalnya, jumlah tempahan melonjak 50 peratus tahun ini.



Malah, sekitar dua minggu selepas bermulanya Ramadan, syarikatnya telah mencapai jumlah tempahan maksimum.



"Memandangkan Hari Raya tahun ini jatuh pada pertengahan minggu, ramai pelanggan kami yang kebanyakannya pekerja memilih memesan juadah Raya daripada memasaknya sendiri.



"Lagipun ramai yang perlu kembali bekerja keesokannya. Jadi, tentulah mereka tidak mahu terlalu penat sehingga menjejas keceriaan apabila bertemu sanak saudara pada Hari Raya,'' jelas Cik Rosdiana Md Zan, 28 tahun, anak pemilik Farah Diana Catering.



Tahun ini, syarikatnya menyediakan set makanan berharga $200 bagi 15 orang.



Ini termasuk lauk-pauk Raya seperti ayam masak merah, daging rendang, sambal goreng pengantin, sambal sotong, lodeh, ketupat dan lontong.



Secara keseluruhan, menurut Cik Rosdiana, pihaknya menerima tempahan lebih daripada 1,000 set.



Makanan yang ditempah itu akan dihantar sama ada sebelum atau sesudah waktu berbuka sehari sebelum Raya ke seluruh Singapura melalui enam pemandu yang menaiki kereta dan van.



Di samping itu, Cik Rosdiana berkata kos daging dan ayam yang meningkat menjelang Raya juga mendorong kebanyakan pelanggannya menempah makanan.



"Biasalah... nak dekat Raya harga ayam, daging semua naik.



"Tetapi bagi kami yang turut menyediakan khidmat katering majlis perkahwinan, kami mempunyai pembekal tetap dan telah mengikat kontrak bersama mereka agar harga kekal sama tidak kira apa perayaannya," katanya lagi.



Sementara itu, pemilik syarikat Amani Weddings, Encik Mohamed Nor Ismail (Kino) berkata jumlah tempahannya naik 30 peratus tahun ini berbanding tahun lalu.



Selain tempahan makanan yang sudah siap dimasak, Encik Kino berkata pihaknya turut menerima tempahan bagi lauk-pauk yang dibekukan.



Ini termasuk sambal goreng pengantin, ayam masak merah, sambal udang, serondeng dan rendang.



Lauk-pauk yang dibekukan ini telah pun dimasak dua minggu lalu dan boleh bertahan selama enam bulan.



Ini kerana ia diletakkan dalam pek plastik yang telah disedut udaranya bagi mengelakkan pembiakan bakteria.



Ia kemudian disimpan dalam penyejuk beku khas atau blast freezer yang boleh membekukan makanan dalam masa dua jam berbanding empat jam dalam penyejuk beku biasa.



Pelanggan hanya perlu memanaskan makanan seperti biasa di atas api atau sekadar menggunakan ketuhar gelombang mikro.



Daripada tempahan yang diterima, Amani Weddings tahun ini perlu merebus sehingga 18,000 biji ketupat, selain menggunakan 12,000 ekor udang dan 6,000 keping ayam.



Dalam menyediakan juadah, syarikat katering itu juga mementingkan kesihatan pelanggan.



"Ayam yang digunakan untuk lauk ayam masak merah tidak digoreng. Sebaliknya, ia dibakar sebelum kuah dituang ke atasnya.



"Seberapa boleh kami mahu memudahkan pelanggan selain menyiapkan makanan sihat,'' melalui cara yang sihat," kata Encik Kino lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >