PENGENDALI teksi terbesar Singapura, ComfortDelGro, telah mencatatkan 35.6 juta tempahan teksi tahun lalu - satu rekod baru.
Dalam kenyataannya, syarikat tersebut berkata rekod tersebut dicapai meskipun terdapat saingan yang meningkat dari aplikasi tempahan pihak ketiga.
Sekitar separuh daripada tempahan itu dilakukan menerusi aplikasi tempahan bergerak, yang dimuatturun sebanyak 2.5 juta tahun lalu, kata kumpulan tersebut dalam dalam kenyataan hari ini, Rabu.
Hari tempahan teksi paling popular adalah pada 31 Oktober - hari hujan Jumaat paling lebat pada 2014.
Pada hari itu, lebih 124,000 tempahan dibuat, sekitar 28 peratus lebih banyak berbanding purata harian.
Tempahan juga meningkat dalam bulan Ogos apabila monsoon barat daya melanda negara ini.
Dalam bulan tersebut, lebih 3.1 juta tempahan dibuat - 6 peratus lebih tinggi berbanding purata bulanan.