Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempahan umrah rancak hingga Dis 2022

Ejen pelancongan ligat usaha penuhi permintaan, jemaah dinasihat arif guna telefon bijak
Nov 12, 2021 | 05:30 AM



PERMINTAAN bagi umrah melonjak di sebalik kenaikan harga pakej umrah, dengan ejen-ejen penyedia pakej umrah dan haji (GSA) menyatakan mereka sudah menerima tempahan sehingga Disember tahun depan.



Permintaan umrah yang rancak itu membawa kelegaan bagi ejen penyedia pakej umrah dan haji (GSA) yang kehilangan pendapatan sejak Covid-19 melanda hampir dua tahun lalu.



Ini meskipun berdasarkan undang-undang, jemaah yang kembali ke Singapura setelah menjalani umrah perlu menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) selama tujuh hari.



Kos umrah juga lebih tinggi kerana ia mengambil kira kos tambahan seperti ujian Reaksi Rantaian Polimerase (PCR) yang perlu dilaksana.



Naib Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Islam Singapura (Amtas), Ustaz Jalaluddin Hassan berkata secara umum anggota GSA menyatakan permintaan rancak bagi ibadah umrah.



Tetapi, jumlah keseluruhan jemaah yang mengerjakan umrah bagi bulan ini dan bulan depan tidak dapat ditentukan sekarang kerana bilangannya masih meningkat, kata beliau.



Kumpulan pertama jemaah umrah Singapura dari Shahidah Travel & Tours dan Noah Travel & Tours telah berangkat mengerjakan umrah dan dijangka pulang ke Singapura hujung minggu ini.



"Permintaan amat tinggi dan kami tidak putus-putus terima ratusan panggilan daripada pelanggan yang tidak sabar menunaikan ibadah umrah,'' kata Ustaz Jalaluddin, yang juga pengarah urusan Jalaluddin Travel & Services.



Syarikatnya merancang membawa lapan rombongan jemaah bulan depan, dengan dua rombongan pertama seramai 60 orang.



TM Fouzy Travel & Tours merancang membawa enam rombongan umrah bulan depan, kata pengarah urusannya Ustaz Tengku Mohamad Fouzy Tengku Mahid Jumat.



Setelah menutup pejabat hampir dua bulan lalu, pejabat TM Fouzy dibuka semula pada hari Selasa bagi memenuhi permintaan pelanggan yang meningkat.



Pengarah Hamidah Travel and Tours, Encik Badruzzaman Abdul Majid berkata syarikatnya mempunyai tiga rombongan jemaah umrah Disember ini, dengan setiap kumpulan tidak melebihi 30 orang.



Pengarah Urusan Shahidah Travel & Tours, Encik Ayoob Angullia, mempunyai lima rombongan jemaah Disember ini.



"Kami mempunyai sekurang-kurangnya 300 jemaah yang sudah pun bayar sebelum Covid-19 yang akan berangkat tahun depan apabila keadaan lebih stabil. Tempahan sudah kami terima sehingga Disember tahun depan dan kami jangkakan lebih ramai lagi yang akan mendaftar,'' ujar Encik Ayoob.



"Ramai yang menunjukkan minat meskipun mereka perlu memenuhi protokol jarak keselamatan, SHN dan menjalani ujian Covid-19 dan sebagainya,'' kata pemilik Sha Travel & Tour, Cik Hanim Hashim.



Berdasarkan GSA yang dihubungi, pakej umrah yang ditawarkan adalah dari $3,490 hingga ke $3,800 bagi pakej 10-11 hari.



Jumlah itu belum termasuk kos lain seperti kos ujian PCR dan insurans.



Berdasarkan peraturan, jemaah perlu antara lain membuat PCR dalam tempoh 72 jam sebelum berangkat ke Arab Saudi, 48 jam sebelum berangkat ke Singapura dan hari ketujuh SHN. Anggaran kos ujian PCR ialah $138-$160 di Singapura dan $100 di Arab Saudi.



Jemaah boleh menjalankan SHN selama tujuh hari di rumah, hotel atau apartmen servis yang dicari dan dibayar sendiri.



Buat masa ini, jemaah hanya boleh menaiki syarikat penerbangan bajet Scoot yang menawarkan penerbangan langsung ke Arab Saudi.



Ustaz Tengku Fouzy, yang juga Presiden Amtas, menasihati jemaah yang ingin menjalankan umrah agar membuat persediaan seperti menjaga kesihatan, melengkapi vaksinasi yang diperlukan, serta mengambil insurans untuk ibadah itu.



"Ibadah ini memerlukan persiapan. Bagi mereka yang berumur, mereka digalakkan pergi bersama dengan anggota keluarga agar mereka boleh mendapat bantuan jika perlu.



"Jemaah juga harus bijak menggunakan telefon bijak kerana untuk memasuki Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Raudah, mereka perlu membuat tempahan menggunakan aplikasi,'' kata Ustaz Tengku Fouzy.



Ekoran peraturan pengurusan selamat dilaksanakan di Arab Saudi, jemaah perlu mempunyai aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna bagi tempahan umrah dan solat harian.



Bulan lalu, pasukan dari Amtas telah mengadakan kunjungan ke Makkah dan Madinah bagi meninjau bagaimana umrah dijalankan dalam norma baru ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >