Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempahan vaksin Covid-19 bagi kanak-kanak 5-11 tahun mungkin mula minggu depan

Dec 15, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 300,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun akan dapat menempah janji temu vaksin Covid-19 mereka secara bertahap mulai minggu depan, sekiranya penghantaran dos pediatrik vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty tiba di sini seperti yang dijadualkan.



Kegiatan vaksinasi itu akan bermula hujung Disember ini bagi kanak-kanak yang lebih tua di Darjah 3 hingga 5, dan kemudian untuk yang lebih muda pada awal 2022, kata Menteri Pendidikan Chan Chun Sing dalam catatan di Facebook semalam.



"Dengan lebih ramai kanak-kanak kita divaksin, kami akan dapat menyambung semula lebih banyak kegiatan pembelajaran, sukan dan permainan, yang penting kepada kesejahteraan dan pembangunan fizikal, kognitif dan sosio-emosi mereka," kata Encik Chan.



Beliau menambah bahawa pihak berkuasa sedang menunggu pengesahan mengenai tarikh ketibaan dos pediatrik vaksin.



Kementerian Kesihatan (MOH) mengumumkan Jumaat lalu ia telah meluluskan vaksin Pfizer-BioNtech bagi penggunaan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di sini.



Vaksin itu akan juga ditawarkan kepada pemegang pas jangka panjang di Singapura, yang dalam kalangan kumpulan usia ini.



Jawatankuasa pakar vaksin Covid-19 mengatakan manfaat vaksin melebihi risikonya terhadap kanak-kanak kecil.



Kanak-kanak akan diberikan dos yang lebih sedikit - satu pertiga daripada jumlah yang diberikan kepada mereka yang berusia 12 tahun dan ke atas - dan suntikan vaksin akan diberikan pada tempoh jarak sekurang-kurangnya 21 hari.



Ia disarankan bahawa kanak-kanak dengan keadaan perubatan kronik sederhana hingga teruk diberikan keutamaan untuk menerima suntikan vaksin.



Kementerian Pendidikan (MOE) sedang bekerja rapat dengan MOH dan Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak untuk menjalankan persiapan bagi latihan vaksinasi ini, yang akan melibatkan lebih 300,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.



"Sebagai ibu bapa, kita semua ingin anak-anak kita sihat dan selamat. Vaksinasi terhadap Covid-19 akan membantu mengurangkan peluang anak-anak kita sakit teruk sekiranya mereka dijangkiti virus, terutamanya varian Omicron baru-baru ini yang menimbulkan kebimbangan," kata Encik Chan.



Negara lain seperti Canada, Amerika Syarikat, Israel dan Australia juga mendapat "lampu hijau" untuk penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech bagi kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun.



Minggu lalu, MOE berkata lebih banyak kegiatan sekolah, seperti kegiatan kokurikulum, perhimpunan dan perjalanan pembelajaran, akan disambung semula untuk pelajar di sekolah menengah dan selanjutnya mulai Januari depan.



Kementerian itu akan menyambung semula lebih kegiatan bagi sekolah menengah, maktab rendah dan Institut Millennia, termasuk Sukan Nasional Sekolah-Sekolah dan Pesta Belia Singapura.



Institut pengajian tinggi akan juga dapat mengembalikan lebih banyak aspek kehidupan di kampus seperti lebih banyak pelajaran bersemuka dan aktiviti pelajar, serta acara sukan berskala lebih besar seperti sukan Politeknik-ITE dan Permainan Antara Fakulti.



Dalam posnya di Facebook pada 8 November, Encik Chan maklum bahawa pengalaman sekolah yang holistik melebihi apa yang dipelajari di dalam bilik darjah.



"Apabila kita melihat kembali tahun-tahun persekolahan kita, kenangan yang paling berharga adalah kenangan bersama rakan-rakan kita. Walaupun terdapat gangguan daripada Covid-19, pelajar kita memerlukan rangkaian sosial yang menyokong yang boleh mereka bergantung pada - dan ini hanya boleh dibentuk melalui masa yang diluangkan bersama rakan sebaya mereka," katanya.




"Dengan lebih ramai kanak-kanak kita divaksin, kami akan dapat menyambung semula lebih banyak kegiatan pembelajaran, sukan dan permainan, yang penting kepada kesejahteraan dan pembangunan fizikal, kognitif dan sosio-emosi mereka...Sebagai ibu bapa, kita semua ingin anak-anak kita sihat dan selamat. Vaksinasi terhadap Covid-19 akan membantu mengurangkan peluang anak-anak kita sakit teruk sekiranya mereka dijangkiti virus, terutamanya varian Omicron baru-baru ini yang menimbulkan kebimbangan."
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >