Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempat alternatif dikenal pasti bagi terus jamin rantaian bekalan makanan SG

Bekas tapak Distripark Pasir Panjang akan diguna jika pelabuhan ikan, Pasar Borong Pasir Panjang terpaksa ditutup akibat Covid-19
Jul 28, 2021 | 05:30 AM



BEKAS tapak Distripark Pasir Panjang telah dikenal pasti sebagai tempat pengagihan sementara alternatif jika rantaian bekalan makanan di sini terjejas.



Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata ini diperlukan kerana kelompok Covid-19 boleh menyebabkan operasi di pelabuhan perikanan dan pusat pengagihan terjejas bagi jangka pendek.



Beliau berkata demikian semasa mengadakan lawatan ke tempat itu di 151, Pasir Panjang Road, semalam.



Menyusuli penutupan Pelabuhan Perikanan Jurong pada 17 Julai, selepas kelompok Covid-19 dikenal pasti di sana, pelanggan dilihat berpusu-pusu membeli ikan di pasar basah, sementara pembekal ikan membuat pengumuman di media sosial untuk mengatakan mereka tidak akan menerima pesanan baru.



Beberapa gerai menjual ikan di pasar pula kehabisan stok lebih awal pada hari tersebut.



Kelmarin, Cik Fu memberitahu Parlimen satu tapak alternatif sedang dipersedia untuk digunakan jika pelabuhan perikanan atau Pasar Borong Pasir Panjang terpaksa ditutup sekali lagi.



Bercakap kepada wartawan di tapak alternatif itu semalam, Cik Fu berkata:



"Pelabuhan perikanan dan pusat borong Pasir Panjang adalah tempat penting dalam rantaian bekalan makanan kita... pelabuhan perikanan bagi ikan dan pusat borong Pasir Panjang bagi sayur-sayuran dan buah-buahan."



Menambah, Cik Fu berkata Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengenal pasti tempat kosong di Pasir Panjang itu sebagai tempat yang boleh digunakan dengan tempoh persiapan yang singkat.



Menurut beliau, tempat itu mempunyai kemudahan yang baik, seperti gedung tidak digunakan yang memperuntuk kawasan luas bagi memunggah barang dan sesuai bagi kegiatan logistik.



Ada juga tempat meletak kereta luas di sekitaran tempat itu.



Pekarangan tempat alternatif itu seluas 5 hektar - atau seluas tujuh padang bola sepak - dan serupa dengan saiz Pelabuhan Perikanan Jurong.



Cik Fu berkata: "Ini adalah satu cara untuk memastikan rantian bekalan kita kekal berdaya tahan meskipun ada kes dan perintah kuarantin yang menjejas kegiatan rantaian bekalan kita.



"Kami sentiasa bersedia meneroka cara untuk menyokong industri makanan kita supaya bekalan makanan terus memenuhi keperluan warga Singapura."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >