Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempat awam kunjungan kes Covid-19 TTSH ditutup 2 hari bagi kerja pembersihan

Apr 30, 2021 | 09:13 PM



SEMUA tempat awam yang dikunjungi kes Covid-19 yang merupakan sebahagian kelompok jangkitan masyarakat di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) sewaktu tempoh mudah menjangkiti akan ditutup selama dua hari bagi kerja pembersihan.



Langkah ini diambil bagi mengurangkan merebaknya koronavirus daripada kes yang tidak dikesan dalam masyarakat, kata Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat (30 April).



Ia juga akan membantu memudahkan ujian dibuat ke atas kakitangan di tempat terjejas sebagai sebahagian langkah pemantauan bagi mengelak penularan lanjut berlaku.



Sehingga Jumaat, 13 kes Covid-19 telah dikenal pasti dalam kalangan kakitangan dan pesakit hospital berkenaan. TTSH telah mengambil langkah segera bagi menutup empat wad terjejas.



MOH akan menjalankan ujian pemantauan bagi pesakit yang telah dibenarkan pulang dari hospital pada atau selepas 18 April serta pengunjung hospital sewaktu tempoh ini.



Ujian sedemikian akan dijalankan buat individu yang telah, bekerja atau berada di tempat awam yang dikunjungi kes-kes kelompok TTSH ini.



Tempat-tempat yang dikunjungi pesakit sewaktu tempoh virus mudah menjangkiti antara 15 April dengan 27 April adalah:



- Pasar raya NTUC FairPrice di Toa Payoh Hub, Kitchener Complex and VivoCity



- Pusat makanan Healthy Kopitiam Foodcourt di TTSH 



- Masjid Hajjah Fatimah Mosque di Beach Road



- Kedai Uniqlo di Orchard Central



- Masjid Al-Falah di Bideford Road



- Masjid Abdul Hamid Kg Pasiran di Gentle Road



- Cash Converters Toa Payoh



- Kedai makan Four Fingers dan Genki Sushi at Junction 8



- Restoran Subway di Balai Rakyat Nanyang 



- Gereja City Harvest di Jurong West



- Esplanade Xchange, The Food Inn di Esplanade MRT



- Stirling Steaks di East Coast Road



- Paco Funworld di Bugis +



- Tuk Tuk Cha di Bugis Junction



- Yayoi dan Don Don Donki di 100AM



- Poke Theory di 111 Somerset



- 313 Somerset



- Ang Mo Kio Hub dan pusat makanan Malaysia Boleh di pusat beli-belah itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >