Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempat duduk di Parlimen diubah selepas langkah jarak selamat dilonggarkan

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



SIDANG Parlimen semalam melihat Anggota Parlimen (AP) duduk menurut pelan tempat duduk baru, yang membahagikan mereka kepada dua kumpulan, masing-masing dengan kawasan rehat berasingan.



Susunan baru itu tidak lagi menetapkan jarak minimum satu kerusi antara AP yang diamalkan sejak permulaan pandemik Covid-19 dan melihat semua AP duduk di dalam dewan utama.



Ini kali pertama semua AP Parlimen ke-14, yang dibuka pada 24 Ogos 2020, dapat menjalankan prosiding Parlimen sambil duduk di aras yang sama.



Pelan tempat duduk baru itu dibuat selepas Singapura menyelaraskan langkah jarak selamatnya di tengah-tengah pandemik Covid-19, dan hujung bulan lalu meniadakan syarat jarak selamat satu meter jika orang ramai memakai pelitup.



Pada permulaan sidang semalam, Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, berkata kedua-dua belah dewan telah dicampur dalam susunan tempat duduk baru itu supaya AP "boleh membuat kawan baru".



Kerusi di Galeri Speaker dikhususkan untuk AP yang merupakan kontak rapat kes Covid-19 tetapi telah diuji negatif untuk virus itu.



Galeri awam kini dibuka kepada orang ramai yang ingin menghadiri sesi itu, kata Encik Tan, sambil menambah bahawa Parlimen akan terus mengikuti nasihat kesihatan awam terkini dan membuat penyesuaian sewajarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >