Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempat lumba kuda Kranji bakal ditutup jelang 2027, beri laluan kepada perumahan, pembangunan lain

Indranee: Sebahagian dari pelan utama pemerintah bagi rancakkan kawasan utara S’pura.
Jun 05, 2023 | 07:23 PM



SINGAPORE Turf Club (STC) akan menutup kemudahan lumba kuda di Kranji menjelang Mac 2027, dan mengembalikan tapak seluas 120 hektar itu kepada pemerintah, sekali gus memberi laluan kepada projek perumahan dan pembangunan lain.

Menteri Kedua Kewangan merangkap Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah, berkata rancangan itu adalah sebahagian daripada pelan utama pemerintah bagi merancakkan lagi bahagian utara Singapura.

Ini termasuk kerja pembangunan semula pusat pemeriksaan Woodlands, menyemarakkan bandar Woodlands di bawah program Membentuk Semula Estet HDB, dan membangunkan semula Lim Chu Kang menjadi sebuah kawasan pertanian makanan teknologi tinggi.

“Ini bukan satu keputusan mudah, tetapi satu keputusan yang penting.

“Terdapat keperluan dan permintaan yang semakin meningkat bagi tanah, dan pemerintah sentiasa mengkaji pelan bagi penggunaan tanah kerana kami ingin memastikan sumber itu dimanfaatkan dengan baik untuk memenuhi keperluan warga Singapura,” kata Cik Indranee dalam satu sidang media pada Isnin di bangunan Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI).

Tambahnya, pemerintah merancang bukan hanya untuk generasi ini, tetapi generasi selanjutnya.

Menurut satu kenyataan bersama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pembangunan Negara (MND) pada Isnin, tapak di Kranji itu akan digunakan untuk perumahan, termasuk perumahan awam.

“MND juga akan mengkaji penggunaan lain termasuk riadah dan rekreasi.

“MND akan turut mengambil kira keperluan pelbagai pihak ekuestrian yang berhasrat untuk terus beroperasi di Singapura, termasuk kesesuaian dengan pelbagai penggunaan lain yang dipertimbangkan untuk kawasan itu,” menurut kenyataan itu.

MND akan memberi maklumat lanjut mengenai pelan penggunaan tanah itu setelah penilaian dan kajian sewajarnya diselesaikan.

Selain itu, Cik Indranee berkata purata penonton yang hadir bagi setiap perlumbaan telah berkurangan sebanyak separuh, daripada 11,000 penonton setiap hari perlumbaan pada 2010, kepada kira-kira 6,000 setiap hari perlumbaan pada 2019.

Meskipun padang lumba telah dibuka semula kepada orang awam pada 2022, bilangan penonton yang hadir adalah kurang daripada separuh berbanding sebelum Covid-19, kata Cik Indranee lagi.

Menjelang penutupan tapak tersebut, Cik Indranee berkata MOF dan MND akan bekerjasama dengan Tote Board dan STC, termasuk agensi-agensi dan pihak berkepentingan yang lain untuk memastikan keperluan setiap pihak, termasuk kakitangan yang terjejas, dapat dipenuhi.

Menurut STC, kakitangannya akan diberhentikan secara berperingkat, dengan fasa pertama bakal berlangsung dalam 16 bulan akan datang.

Dalam pada itu, mereka akan menerima pampasan yang sejajar dengan peraturan dan garis panduan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) berdasarkan tempoh perkhidmatan kerja mereka, menurut kenyataan bersama MOF dan MND.

“Kami akan memberikan sokongan kepada kakitangan yang terjejas, termasuk kaunseling, bantuan mencari kerja, bimbingan kerjaya dan kursus latihan kemahiran untuk membantu mereka mencari kerja baru,” tambah Cik Indranee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >