Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempat meletak kereta Holland Road Shopping Centre ditawar untuk dijual dengan harga sekitar $32 juta

Oct 14, 2019 | 03:35 PM



SEBUAH tempat meletak kereta di Holland Road Shopping Centre ditawar untuk dijual menerusi penyataan minat (EOI) dengan anggaran sekitar $32 juta.





Tempat meletak kereta itu, yang terletak di aras bawah pusat membeli belah itu, mempunyai kawasan lantai seluas 1,503 meter persegi dan dikategorikan sebagai  zon komersial, kata kenyataan firma pemasaran Edmund Tie, awal hari ini (14 Oktober).



Ia tidak tertakluk kepada cukai setem tambahan pembeli atau cukai setem penjual, dan kedua-dua pembeli setempat mahupun asing layak membeli.



Penyewa utama Holland Road Shopping Centre termasuk Cold Storage, UOB Bank, Watsons dan Guardian Pharmacy. Depan pusat beli-belah itu selebar 78 meter di laluan Holland Avenue dan terletak di tempat masuk Holland Village atau kawasan Chip Bee Gardens.



Cik Swee Shou Fern, penasihat pelaburan pengarah eksekutif Encik Edmund Tie berkata tempat meletak kereta jarang dijual.  Diletakkan di lokasi strategik, tempat meletak kereta itu menawarkan “kemasukan wang yang kuat dan stabil”.



“Pelaburan sebegini jarang ada dan kami jangka pelabur yang berminat ingin memanfaatkan bekalan tempat meletak kereta yang terhad ini di kawasan sibuk ini, dengan potensi peningkatan modal hasil penjualan kolektif,” tambah Cik Swee.



Latihan EOI ini akan ditutup pada 20 November, 3 petang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >