Subuh
5:57
Syuruk
7:14
Zuhur
1:18
Asar
4:29
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Dapatkan laporan terkini berkaitan Covid-19. Ikuti kami di Telegram
Setempat0

Tempat pilihan tonton bunga api NDP 2019

Aug 09, 2019 | 05:30 AM

SETIAP tahun, pertunjukan bunga api semasa Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) adalah kemuncak yang ditunggu-tunggu.

Tahun ini tidak terkecuali. Ramai sanggup berkelah dan ‘turun padang’ dari awal lagi hanya untuk mendapatkan tempat terbaik bagi menikmati bunga api yang menghias langit malam ini.

Bagi mereka yang tidak dapat menyaksikannya di Padang, usah risau, banyak lagi kawasan sekeliling yang memberikan peluang menikmati pertunjukan bunga api cukup gah itu.

Berikut antara lokasi pilihan menonton bunga api NDP 2019.

1. ESPLANADE

Berita Popular

  Bumbung Esplanade dan kawasan di sekitarnya termasuk Esplanade Waterfront, Jambatan Esplanade dan Jambatan Jubilee merupakan lokasi sesuai menonton pertunjukan bunga api.

  Anda juga boleh menyaksikannya dari sepanjang Esplanade Drive, namun, tempat ini dijangka penuh dengan mereka yang tidak dapat tempat duduk di kawasan Taman Merlion.

  Queen Elizabeth Walk yang terletak di belakang Esplanade Drive turut menyediakan pemandangan cukup baik

2. TAMAN MERLION

• Antara tempat paling terkenal untuk menyaksikan bunga api, tidak kira di kalangan penduduk setempat mahupun pelancong ialah Taman Merlion.

• Anda perlu datang awal jika mahu mendapatkan tempat selesa kerana ramai orang dijangka berada di sana.

3. MARINA BAY

• Jika anda ingin melihat bunga api dengan berlatarbelakangkan bangunan Marina Bay Sands, The Promontory adalah tempat sesuai untuk melakukannya.

• Jika anda ingin melihat bunga api dengan berlatarbelakangkan Esplanade pula, Marina Bay Sands adalah pilihan yang wajar.

4. TAMAN DI PERSISIRAN

• Taman Bay East mungkin bukan tempat pertama yang difikirkan ramai untuk menikmati pertunjukan bunga api.

• Di sini, bukan sahaja bunga api yang dapat dilihat, pemandangan indah bangunan pencakar langit Singapura juga boleh anda jadikan tatapan mata.

INFOGRAFIK: Tempat pilihan tonton bunga api NDP 2019


Lebih 20 jalan kawasan bandar ditutup

BAGI memudahkan acara Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) 2019, beberapa jalan raya akan ditutup hari ini.

Pengguna jalan dinasihati mengelakkan jalan raya terjejas dan memandu secara perlahan ketika berada di kawasan atau persimpangan berkenaan.

Pegawai pihak berkuasa akan dikerah ke kawasan berikut untuk mengawal lalu lintas serta memudahkan pejalan kaki:

PENUTUPAN JALAN

- North Bridge Road ke Parliament House:

1 tengah hari hingga 3 petang
6.30 petang hingga 8 malam

- Parliament Place ke Galeri Nasional Singapura: 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Supreme Court Lane ke Gereja Saint Andrew's: 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Parliament Place ke The Arts House: 2 pagi hingga 2 pagi (24 jam)

- Coleman Street ke Plaza Peninsula: 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Coleman Street ke Padang: 2 pagi hingga 2 pagi (24 jam)

- St Andrew's Road ke Stamford Road: 2 pagi hingga 2 pagi (24 jam)

- Connaught Drive ke Fullerton Road: 2 pagi hingga 2 pagi (24 jam)

- Beach Road ke Hotel Raffles: 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Nicoll Highway ke Esplanade: 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Raffles Boulevard ke Hotel Marina Mandarin: 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Raffles Link ke Esplanade: 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Raffles Link ke Pusat Konvensyen Suntec: 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Raffles Avenue ke Padang: 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Nicoll Highway ke Pusat Konvensyen Suntec: 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Stamford Road ke Swissotel: 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Esplanade Drive ke Fullerton Road: 2 pagi hingga 2 pagi (24 jam)

- Connaught Drive ke Teater Victoria: 2 pagi hingga 2 pagi (24 jam)

- Connaught Drive ke The Arts House: 2 pagi hingga 2 pagi (24 jam)

- Fullerton Road ke Esplanade Drive: 2 pagi hingga 2 pagi (24 jam)

- Fullerton Road ke Teater Victoria: 2 pagi hingga 2 pagi (24 jam)

- Esplanade Drive ke Nicoll Highway: 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Raffles Avenue ke Esplanade: 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Republic Boulevard ke Singapore Flyer: 2 pagi hingga 2 pagi (24 jam)

- Republic Avenue ke Nicoll Highway dan Crawford Street: 2 pagi hingga 2 pagi (24 jam)

- Republic Avenue ke Bandar: 2 pagi hingga 2 pagi (24 jam)

- Nicoll Highway ke Esplanade: 9 pagi hingga 12 tengah malam

PENUTUPAN LORONG

- Stamford Road ke Teater Capitol (empat lorong kiri ditutup): 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Bras Basah Road ke Pusat Konvensyen Suntec (empat/enam lorong kanan ditutup): 9 pagi hingga 12 tengah malam

- Fullerton Road ke Marina Boulevard (dua lorong kiri ditutup): 7.30 malam hingga 12 tengah malam

Pemilik kenderaan dilarang meletak kereta sepanjang Bayfront Avenue, Marina Boulevard, Temasek Avenue dan jalan raya dalam kawasan Esplanade, Marina Bay, Suntec, Marina South dan East Coast Parkway (Jambatan Benjamin Sheares).

Kenderaan yang diletak secara terlarang boleh ditunda dan pemandu dikenakan denda.

Video Baru

Podcast Baru

Try the new Halal Food Map