Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempat solat sementara Masjid Darul Makmur mula disiapkan

Apr 28, 2023 | 05:30 AM



KONTRAKTOR Penguasa Tanah Singapura (SLA) telah mula menjalankan kerja pembersihan di bekas Sekolah Menengah Northview untuk ia djadikan tempat solat sementara Masjid Darul Makmur.



Kerja menyiapkan tempat solat sementara itu akan selesai pertengahan Mei 2023, kata Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, di Facebooknya pada Selasa.



Tempat solat sementara itu akan dilengkapi dengan tanjakan, tandas dan tempat letak kereta.



Masjid Darul Makmur diberi kebenaran menggunakan bekas tapak sekolah di Yishun Ring Road itu sebagai tempat solat sementara selama dua tahun sedang masjid berusia lebih 36 tahun itu menjalani kerja naik taraf yang dijangka siap pada hujung 2025.



Masjid di Yishun Avenue 2 masih memerlukan sekitar $7 juta - daripada jumlah keseluruhan $15 juta - yang diperlukan bagi projek naik taraf itu.



Orang ramai boleh menderma melalui cara berikut:



❑ PayNow ke UEN: S87MQ0033J (Rujukan: Wakaf)



❑ Pemindahan bank ke akaun semasa OCBC 581-652138001 (Rujukan: Wakaf)



❑ Melalui cek ke atas nama: 'MASJID DARUL MAKMUR' dan dihantar melalui pos ke 950, Yishun Avenue 2, Singapura 769099



❑ Pergi ke pejabat Masjid Darul Makmur, 950 Yishun Avenue 2, Singapura 769099 (pada waktu pejabat)



❑ Hubungi nombor telefon 6752-1402 pada waktu pejabat bagi derma lebih $500 untuk diambil pegawai masjid dari rumah penderma.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >