Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempat tunai solat harian berjemaah di masjid ditambah

Warga emas usia 60 tahun dan ke atas boleh kembali lakukan kegiatan keagamaan di masjid
Oct 01, 2020 | 05:30 AM



LEBIH banyak slot untuk menunaikan solat harian secara berjemaah akan ditawarkan di 19 masjid serata negara mulai Rabu depan.



Slot di masjid akan digandakan kepada 100 daripada 50 sebelum ini, umum Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dalam sidang media maya semalam.



Masjid-masjid itu dipilih kerana telah menganjurkan solat Jumaat dengan dua zon bagi beberapa minggu lalu, dan dilihat mempunyai permintaan daripada jemaah bagi lebih banyak ruang semasa solat jemaah, kata Pengarah Kanan Masjid dan Pembangunan Masyarakat di Muis, Encik Helmy Mohd Isa.



Pihak berkuasa mengumumkan minggu lalu bahawa semua pertubuhan keagamaan akan dibenarkan menjalankan khidmat ibadah secara berjemaah hingga 100 orang dengan jarak selamat dan langkah pengurusan selamat dilaksanakan.



Ditanya apakah lebih banyak masjid akan menawarkan tambahan 50 slot itu, Ketua Eksekutif Muis, Encik Esa Masood, berkata ia hanya akan dilakukan sekiranya terdapat permintaan dan dalam cara yang bertahap-tahap, kerana masjid memerlukan sumber dan tenaga kerja untuk memastikan bilangan jemaah lebih besar dapat diuruskan dengan selamat.



Muis turut mengumumkan bahawa ia sedang merintis bagi masjid tertentu mengadakan solat Jumaat yang dapat menampung hingga 250 jemaah setiap sesi. Jemaah akan dibahagikan kepada lima zon dengan setiap zon menempatkan 50 jemaah.



Ini bagi membolehkan Muis mencapai sasaran menambah ruang solat Jumaat ke 30,000 slot setiap minggu, berbanding 15,225 kini di 64 masjid.



Ini akan bermakna jemaah rata-rata dapat membuat tempahan slot bagi solat Jumaat setiap empat hingga lima minggu.



Sejauh ini, sekitar 85,000 jemaah telah menghadiri solat Jumaat sejak solat berjemaah itu disambung semula.



Percubaan itu akan dimulakan di sejumlah kecil masjid yang mempunyai ruang untuk lima zon, dan mempunyai permintaan dari lebih ramai jemaah, kata Encik Esa.



Muis turut mengumumkan, mulai 16 Oktober, waktu solat Jumaat akan dipercepat memandangkan waktu zuhur juga semakin awal menjelang hujung tahun.



Ini bermakna sesi satu akan diadakan dari 12.45 petang hingga 1.15 petang, diikuti sesi dua dari 1.45 petang hingga 2.15 petang dan sesi tiga dari 2.45 petang hingga 3.15 petang.



Memandangkan keadaan Covid-19 di Singapura kini semakin baik, Muis berkata warga emas berusia 60 tahun dan ke atas kini boleh kembali ke masjid bagi melakukan kegiatan keagamaan mereka.



Mereka yang ingin menyertai solat berjemaah perlu tetap membuat tempahan dalam talian, dan boleh menghubungi masjid untuk bantuan sekiranya mengalami kesukaran melakukan demikian.



Selain solat jemaah, masjid juga menyambung secara berperingkat beberapa khidmat keagamaan lain sejajar dengan panduan oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).



Kelas madrasah sambilan aLIVE akan disambung secara progresif dengan beberapa masjid merintis kelas secara bersemuka mulai pertengahan Oktober.



Muis berkata ia menyasarkan lebih banyak kelas aLIVE secara fizikal di masjid untuk disambung tahun depan.



Masjid juga akan menganjurkan sambutan Maulid hibrid di lokasi dan penstriman langsung.



Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir berkata Jawatankuasa Fatwa sedang mengkaji dan meneliti apakah lagi penyesuaian yang boleh dibuat dengan berhati-hati dan berpandukan prinsip dan hukum agama.



"Amat penting untuk kita terus meneroka cara-cara dan huraian baru untuk membantu masyarakat agar mereka dapat terus menghidupkan dan memekarkan kehidupan beragama dalam keadaan yang mencabar hari ini," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >