Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:25

Tempoh iklan kerja bagi pertimbangan adil, proses permohonan EP dikurangkan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tempoh iklan kerja bagi pertimbangan adil, proses permohonan EP dikurangkan

MOM
Aug 30, 2022 | 05:30 AM

UNTUK membolehkan syarikat lebih responsif terhadap keperluan perniagaan, tempoh bagi majikan memenuhi syarat pengiklanan kerja di bawah Rangka Kerja Pertimbangan Adil (FCF) bagi semua pemohon Pas Pekerjaan (EP) dikurangkan kepada 14 hari, daripada 28 hari, mulai 1 September.

Semua permohonan EP akan diproses dan maklumat dikemas kini dalam masa 10 hari perniagaan.

Ini bermakna majikan boleh mengetahui sama ada permohonan itu berjaya atau tidak atau Kementerian Tenaga Manusia (MOM) memerlukan lebih banyak masa untuk memprosesnya dalam masa 10 hari.

Ini berbanding 85 peratus permohonan EP dalam talian diproses dalam masa tiga minggu, atau 21 hari, sekarang.

FCF menetapkan syarat bagi semua majikan di Singapura mempertimbang tenaga kerja di Singapura secara adil bagi peluang pekerjaan.

Untuk menggalak amalan pekerjaan adil dan meningkatkan ketelusan pasaran buruh, majikan yang mengemukakan permohonan EP dan Pas S mesti terlebih dahulu mengeluarkan iklan mengenai pekerjaan itu di MyCareersFuture dan menimbangkan semua calon secara adil.

Menjelaskan perubahan tempoh pengiklanan, MOM berkata tempoh pengiklanan pekerjaan ditambah kepada 28 hari pada Oktober 2020 di tengah-tengah pasaran buruh yang lemah semasa Covid-19.

Ini bagi memberi mereka yang mencari kerja lebih banyak masa untuk memberi respons apabila terdapat kerja kosong.

"Dengan pemulihan ekonomi yang kukuh, pasaran pekerja menjadi lebih ketat dengan amat ketara. Terdapat lebih banyak pekerjaan daripada pencari kerja.

"Oleh itu, sekarang adalah tepat pada masanya untuk memulihkan tempoh asal 14 hari untuk syarat pengiklanan pekerjaan FCF,'' kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng, dalam taklimat akhbar semalam.

MOM menambah ia akan membaiki tempoh memproses semua permohonan EP. Dalam perubahan yang akan dilaksana serta-merta, semua permohonan EP akan diproses dalam tempoh 10 hari perniagaan.

"Ini bermakna dalam tempoh 10 hari perniagaan dari mengemukakan permohonan, majikan boleh mengharapkan untuk mendengar "ya", "tidak", atau status kemas kini daripada MOM menjelaskan bahawa kami memerlukan sedikit masa lagi.

"Kami dapat melakukan ini kerana peningkatan teknologi yang telah kami lakukan kepada sistem pas kerja kami sepanjang tahun lalu, dan kami akan terus meningkatkan daya tindak balas sistem kami,'' ujar Dr Tan.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3