Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempoh menunggu lebih singkat bagi tempah flat HDB

HDB
Feb 07, 2019 | 03:30 PM



PEMBELI flat yang ingin membeli baki flat yang belum terjual dari Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) boleh menempah flat dalam talian bila-bila masa tanpa perlu menunggu membuat permohonan flat semasa ia ditawarkan dua kali setahun.



Mereka juga akan mengetahui jika permohonan mereka berjaya pada hari bekerja berikutnya, lantas mengurangkan tempoh menunggu flat, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Lawrence Wong.



Sebanyak 120 flat akan ditawarkan di bawah skim baru ini bermula pertengahan tahun ini, menurut Encik Wong dalam blognya semalam.



Diperkenalkan pada 2017, tawaran semula bagi Latihan Penjualan Baki Flat (ROF) menghimpunkan semua flat yang tidak terjual dalam latihan penjualan baki flat (SBF).



Pemohon perlu menunggu sekitar seminggu sehingga permohonan ditutup sebelum mereka mengetahui jika permohonan flat itu berjaya.



Di bawah skim baru ini, pemohon akan mengetahui dalam tempoh sehari jika permohonan itu berjaya.

“Pembeli flat boleh bermohon dalam talian bila-bila masa berdasarkan siapa dahulu didahulukan dan boleh menempah flat menjelang hari bekerja berikutnya. Ini akan mengurangkan tempoh menunggu untuk menempah flat kepada sehari,” kata Encik Wong.



Penjualan ROF itu dapat membantu pembeli yang mempunyai keperluan perumahan lebih mendesak dan tidak begitu memilih dari segi lokasi dan ciri flat.



Di bawah ROF, pemohon tidak perlu menandakan jenis flat dan lokasi apabila bermohon dan boleh menempah unit yang tersedia berdasarkan kelayakan mereka.

Sekitar 2,500 keluarga sudah menempah flat di bawah skim itu. Hampir dua pertiga sudah mendapatkan kunci bagi flat mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >