Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tempoh pengasingan lebih singkat bagi individu sudah vaksin penuh

• Hanya tujuh hari dan bukan 10 hari, termasuk kanak-kanak bawah 10 tahun • Perubahan ekoran tempoh jangkitan varian Omicron yang lebih pendek • Individu belum vaksin penuh dan dijangkiti Covid-19 kekal maksimum 14 hari
Jan 22, 2022 | 05:30 AM



INDIVIDU yang sudah divaksinasi sepenuhnya dan dijangkiti Covid-19 kini hanya perlu menjalani pengasingan selama tujuh hari dan bukan lagi 10 hari.



Ini termasuk bagi kanak-kanak di bawah usia 12 tahun yang dijangkiti koronavirus itu.



Perubahan itu disebabkan tempoh jangkitan varian Omicron yang lebih pendek, menurut Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19 semasa sidang media semalam.



Namun, tempoh pengasingan bagi individu yang belum divaksinasi sepenuhnya dan dijangkiti Covid-19 akan kekal selama maksimum 14 hari di bawah Protokol 1 dan 2.



Protokol 1 merujuk kepada mereka yang dijangkiti Covid-19 dan mempunyai gejala jangkitan, sementara Protokol 2 merujuk mereka yang dijangkiti Covid-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala.



Protokol 2 akan diperluas untuk merangkumi lebih ramai golongan pesakit, umum Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, di sidang media MTF semalam.



Di bawah protokol tersebut, individu yang dijangkiti perlu melakukan ujian pantas antigen (ART), mengasingkan diri selama 72 jam dan boleh meneruskan aktiviti biasa setelah diuji negatif Covid-19 selepas itu.



Kementerian Kesihatan (MOH) akan memperluas golongan usia mereka yang diberi pilihan pulih di bawah Protokol 2 untuk merangkumi kanak-kanak berusia antara lima dengan 11 tahun, tidak kira status vaksinasi mereka.



MOH juga akan membolehkan pesakit di bawah Protokol 1 yang sedang sembuh dengan baik dan gejala mereka telah berkurangan untuk beralih ke Protokol 2 pula.



Ini bererti mereka bebas melakukan kegiatan harian seperti biasa sejurus sahaja mereka diuji negatif pada ART yang diambil 72 jam atau lebih setelah ujian Covid-19 positif pertama mereka.



Perubahan ini akan dilakukan dalam beberapa minggu akan datang di mana Protokol 2 boleh digunakan bagi pesakit tanpa gejala di bawah Protokol 1, termasuk mereka yang diuji positif semasa ujian prakeberangkatan dan ujian praacara.



Menjelaskan, Pengarah Khidmat Perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak berkata, kajian yang dilakukan Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID) terhadap pesakit yang sudah divasinasi yang dijangkiti Omicron mendapati kebanyakan daripada mereka tidak lagi mempunyai beban virus dalam tempoh yang lebih singkat berbanding jangkitan varian Delta.



"Pada hari ketujuh setelah dijangkiti, nilai Ct bagi ujian PCR (reaksi rantaian polimerase) naik ke paras yang tinggi yang menunjukkan mereka tidak lagi berjangkit.



"NCID juga tidak dapat mengkultur virus daripada sampel yang diambil daripada pesakit-pesakit itu pada tempoh waktu tersebut.



"Keputusan kajian itu membolehkan kita memperhalusi protokol pengasingan dan memendekkan tempoh maksimum pengasingan bagi pesakit yang sudah divasksinasi," jelas Profesor Mak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >