Tempoh penutupan sementara Pasar Geylang disingkat
Jul 11, 2016 | 05:30 AM
TEMPOH penutupan sementara Pasar Geylang Serai pada September ini akan dikurangkan daripada tiga bulan kepada dua bulan.
Menyatakan demikian, Anggota Parlimen (AP) GRC Marine Parade, Encik Tan Chuan-Jin, yang bertanggungjawab bagi kawasan undi itu, berkata langkah itu bertujuan mengurangkan gangguan akibat kerja pembaikan dan naik taraf (R&R).