Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Tempoh terlalu suntuk untuk persiapan ibadah korban di SG

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Tempoh terlalu suntuk untuk persiapan ibadah korban di SG

Muis: Cabaran logistik bawa masuk ternakan hidup kerana kelonggaran sekatan cuma lewat bulan lalu
May 20, 2022 | 05:30 AM

GERAKAN SalamSG (SSGM) Korban memutuskan untuk terus mengendalikan ibadah korban alternatif, tanpa melibatkan ternakan hidup, ekoran cabaran logistik kepada masjid-masjid setempat dek ketidakpastian situasi Covid-19 ketika perancangan dilakukan.

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), berkata Gerakan SalamSG (SSGM) Korban, sebuah jawatankuasa di bawah SSGM, telah membuat perancangan seawal Februari bagi ibadah korban tahun ini.

"Perancangan bagi ibadah korban (tahun ini) bermula seawal Februari sebelum langkah pengurusan selamat dilonggarkan," kata jurucakap Muis.

Jurucakap itu menambah:

"Meskipun langkah pengurusan selamat dilonggarkan sekitar lewat April, langkah menjalankan dan menganjurkan ibadah korban tradisional akan tetap menampilkan cabaran logistik kepada kakitangan dan relawan masjid kita".

Di samping itu, pasukan SSGM Korban 2022 juga berharap ibadah korban alternatif yang akan dijalankan tahun ini dapat menjadi peluang untuk memberi tumpuan kepada usaha menyebarkan rahmah dengan pengagihan kepada lebih ramai golongan yang kurang berkemampuan dan kurang bernasib baik dalam masyarakat.

Sebelum ini, Muis berkata benefisiari daging korban tahun ini bukan sahaja termasuk benefisiari zakat seperti golongan susah dan memerlukan, malah akan juga termasuk keluarga banduan dan pekerja migran.

SSGM Korban akan bekerja rapat dengan masjid setempat untuk mengatur bagi ibadah korban dilakukan di Australia dan dagingnya dihantar ke Singapura untuk dibeku dan diagihkan di sini.

Bagi memudahkan tempahan dan pembayaran bagi korban tahun ini, pasukan SSGM Korban telah memperkenal portal pendaftaran www.ourmasjid.sg/korban.

Orang ramai boleh memilih masjid untuk menempah korban itu, dan memilih pakej korban - yang berharga dari $350 hingga $370 - serta jumlah daging yang ingin didapatkan (sepertiga, dua pertiga atau penuh).

Orang ramai juga boleh langsung ke masjid untuk membuat tempahan dan bayaran.

Tempahan dan pembelian daging korban akan ditutup pada 1 Julai, atau sehingga korban habis ditempah.

Daging korban itu akan diagihkan bermula 14 Julai dan berlangsung hingga 7 Ogos.

Seperti tahun lalu, masjid akan mengerahkan pendamping dan relawan untuk mengagihkan daging korban ini, dengan mengikut garis panduan pengurusan selamat sedia ada.

Muis berkata semangat dan amalan di sebalik ibadah korban masih hidup dengan tindakan menyumbang kepada masyarakat, dengan daging korban yang akan dibawa masuk ke Singapura dapat dimanfaatkan golongan yang kurang bernasib baik di sini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3