Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

KEPUTUSAN PSLE

Tempuh pelbagai cabaran untuk duduki PSLE

Nov 24, 2022 | 05:30 AM



APABILA ditanya apakah pendapatnya mengenai keputusan PSLE-nya, Izzat menyatakan bahawa dia amat gembira kerana mendapat Gred A untuk subjek kegemarannya Matematik di peringkat asas.



"Saya tahu saya telah memberikan usaha terbaik untuk peperiksaan PSLE dan saya tidak akan putus asa untuk berusaha supaya saya beransur pulih.



"Saya bersyukur dengan segala sokongan yang telah diberikan oleh guru-guru dan ibu bapa saya dan kini, saya tidak sabar untuk mengatasi cabaran seterusnya,"katanya yang meraih gred B untuk Bahasa Inggeris dan Sains di peringkat asas.



Diagnosis Izzat terhadap penyakit Medullablastoma Metastatic, satu tumor barah di otak, mengejutkannya dan keluarga pada awal 2019.



Dua pembedahan yang dilaluinya telah menjejas kemahiran psikomotor kerana dia mengalami keadaan yang dikenali sebagai sindrom Posterior Fossa.



Antara simptom yang dihadapinya adalah kehilang keupayaan bertutur dan tidak dapat mengawal ototnya.



Bagi Izzat, kehilangan keupayaannya untuk mengawal ototnya adalah cabaran yang paling sukar kerana dia merupakan seorang atlet.



Dia sering kali menyertai pasukan balapan dan padang sekolahnya sebagai pelompat jauh dan dalam pasukan lari berganti-ganti.



Beliau juga aktif bersukan seperti bola keranjang, badminton dan bola sepak.



"Mulanya saya berasa terkejut dan takut apabila mengetahui mengenai penyakit saya.



"Perasaan itu beransur kepada sedih dan kecewa kerana tidak dapat melakukan sukan-sukan yang saya gemari.



"Namun demikian, saya cuba kekal positif dengan memikirkan perkara gembira yang saya suka lakukan dan berharap saya dapat melakukannya lagi," kata anak bongsu tiga beradik itu.



Bagi ibunya, Cik Raihana Mohd Nor, 50 tahun, beliau dan suaminya berasa amat bangga dengan pencapaian Izzat.



"Bagi semua perjuangan dan cabaran yang dilalui Izzat untuk menghadiri sekolah dan menduduki peperiksaan PSLE, kami bersyukur bahawa daya tahan dan usahanya telah membuahkan hasil," kata guru Sekolah Rendah Punggol Green itu.



Cik Raihana juga bersyukur bahawa Sekolah Rendah Gongshang telah memberikan pelbagai sokongan untuk membantu Izzat yang ghairah untuk kembali ke sekolah.



"Mereka membantu dengan menyusunkan jadual sekolahnya supaya Izzat hanya menghadiri mata pelajaran teras Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan tidak perlu meluangkan masa yang panjang di sekolah.



"Bilik darjah juga dipindahkan dari tingkat tiga ke tingkat satu supaya ia lebih mudah diakses," kata beliau yang turut menggajikan seorang pembantu rumah untuk membantu Izzat di sekolah bagi keperluan asas seperti pergi ke bilik air dan makan.



Bapa Izzat, Encik Sharif Shariman, 52 tahun, yang bekerja dalam sektor penerbangan, berkata: "Kami tidak tahu sama ada aturan yang sama boleh dibuat di sekolah menengah tetapi hakikat bahawa Izzat suka ke sekolah dan mahu belajar memudahkan kami."



Beliau menambah bahawa mereka kini tidak boleh membuat jangkaan masa hadapan kerana terlalu banyak faktor yang harus diambil kira.



Izzat, yang berkemungkinan besar akan memohon ke Sekolah Menengah St Hilda, berkata: "Saya berharap dapat bergerak, berlari semula dan kekal gembira."



Izzat merupakan antara 37,095 murid yang mengambil PSLE tahun ini. Sama seperti tahun lalu, 98.4 peratus daripada mereka menunjukkan prestasi cukup baik untuk maju ke sekolah menengah.



Ini merupakan tahun kedua PSLE diambil di bawah sistem pemarkahan Peringkat Pencapaian baru.



Tahun ini, 68.4 peratus daripada kohort itu layak untuk kursus Ekspres di sekolah menengah, 18.7 peratus lagi layak untuk kursus Normal (Akademik) dan 11.3 peratus untuk kursus Normal (Teknikal).



Daripada kelas 2022, sekitar 62 peratus daripada mereka dari kursus Normal (Akademik) dan Normal (Teknikal) layak mengambil sekurang-kurangnya satu mata pelajaran di peringkat lebih tinggi di sekolah menengah, berbanding 65 peratus tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >