Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Temu di MGirl Co... wadah untuk wanita disedia Kelab Mendaki

Apr 22, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 40 wanita baru-baru ini telah mengongsi pengalaman, perjalanan dan impian mereka dalam satu acara sembang dan perbincangan anjuran Mendaki Club.



Malam Permainan MGirl Co. itu bertujuan mencipta ruang selamat untuk wanita mengadakan perbualan santai dan berkenalan dengan satu sama lain, kata Mendaki Club.



Dalam sesi tersebut peserta dibahagikan kepada kumpulan kecil bagi mematuhi langkah jarak selamat.



Mereka kemudian berkongsi pengalaman berpandukan kad permainan yang disediakan jawatankuasa MGirl Co.



Mereka berkongsi tentang pelbagai kisah dan pengalaman, daripada isu berkaitan tempat kerja kepada isu peribadi seperti kesihatan mental dan perhubungan.



Anggota Parlimen (AP) GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin, yang turut menyertai acara itu telah memberi ucapan pembukaan ringkas tentang bagaimana MGirl Co. satu ruang untuk wanita daripada masyarakat berbeza berkumpul.



Beliau juga mengambil bahagian dalam permainan yang dijalankan serta mengongsi pendapatnya dalam perbincangan yang diadakan.



Naib presiden Mendaki Club dan pengarah MGirl Co., Cik Attiya Ashraf Ali, berkata wadah itu diadakan untuk semua wanita Melayu/Islam tanpa mengira perjalanan dan latar belakang mereka.



Ia tempat di mana semua pengalaman adalah penting. Beliau berharap perhimpunan iftar kecil itu dapat menjadi manifestasi ruang tersebut.



"MGirl membayangkan untuk membina masyarakat yang rapat dan saling bergantung antara satu sama lain, di mana kita boleh berkumpul untuk menerima sokongan apabila diperlukan dan memberikannya di mana kita boleh," katanya.



MGirl Co. merupakan sebuah wadah sehenti yang bertujuan untuk memperkasakan wanita Melayu/Islam dalam pembangunan peribadi dan profesional mereka.



Ia berusaha membangunkan sebuah masyarakat wanita Melayu/Islam yang saling bergantung dan menyokong serta belajar daripada satu sama lain.



Ini dilakukan dengan menganjurkan acara sosial untuk menjalin persahabatan atau rangkaian, serta bengkel yang memberikan panduan tentang bagaimana seseorang itu boleh mengharungi pelbagai halangan yang dihadapi dalam ruang peribadi dan profesional.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >