Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

DPM Heng: Kerjasama tiga pihak bantu buat perubahan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

TEMU RAMAH DENGAN DPM HENG, PENERIMA ANUGERAH TERTINGGI HARI PEKERJA

DPM Heng: Kerjasama tiga pihak bantu buat perubahan

Apr 29, 2021 | 05:30 AM

TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi dan Menteri Kewangan, Encik Heng Swee Keat, telah menerima anugerah tertinggi Hari Pekerja NTUC 2021 iaitu Pingat Kehormatan.

Encik Heng adalah antara 143 ketua kesatuan dan rakan kerjasama tiga pihak yang menerima pengiktirafan atas sumbangan cemerlang mereka dalam memperjuangkan kepentingan pekerja selain mereka sendiri menjadi contoh pekerja di tempat kerja.

Berikut temu ramah eksklusif Encik Heng bersama dengan majalah Labour Beat NTUC.

1. Apakah makna Pingat Kehormatan ini bagi anda?

Saya merasa amat rendah hati dengan anugerah ini dan menerimanya bagi pihak semua rakan kerjasama tiga pihak kami.

Kami telah berjaya membuat perubahan dalam kehidupan pekerja hanya kerana kerjasama tiga pihak yang kukuh di Singapura - bekerjasama untuk menjaga pekerja, perniagaan dan kepentingan nasional kita.

Sedang keadaan kita berubah selama beberapa dekad, pendekatan kita terhadap kerjasama tiga pihak telah berubah, tetapi kami tidak pernah putus asa daripada misi kami untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik untuk pekerja dan keluarga mereka.

Saya sangat menghargai Gerakan Buruh atas penghormatan ini. Anugerah ini akan menjadi peringatan berterusan bahawa kebajikan pekerja dan keluarga mereka akan sentiasa menjadi tumpuan dalam apa sahaja yang kami lakukan.

2. Bila dan apakah pengalaman pertama anda dengan Gerakan Buruh?

Saya memulakan kerjaya di Pasukan Polis. Perkhidmatan beruniform kami tidak berkesatuan. Oleh itu, walaupun saya mempunyai idea tentang apa yang dilakukan oleh kesatuan, ia bukan secara langsung.

Semasa saya menjadi Ketua Setiausaha Peribadi kepada Encik Lee Kuan Yew, beliau sedang menulis memoirnya. Beliau menceritakan pengalamannya memperjuangkan hak pekerja, dan bagaimana kita mengembangkan jenama kerjasama tiga pihak - di mana kesatuan, perniagaan dan pemerintah bekerjasama untuk menarik pelaburan dan meningkatkan pekerja kami.

Selama bertahun-tahun, sedang saya semakin terlibat dalam ekonomi - sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Perdagangan ketika itu, sebagai Setiausaha Tetap di Kementerian Perdagangan dan Perusahaan, sebagai Pengarah Urusan Penguasa Kewangan Singapura dan sebagai Menteri Kewangan - saya mempunyai lebih banyak interaksi dengan kesatuan, pekerja dan perniagaan kita.

Pertemuan ini membentuk keyakinan saya tentang bagaimana pendapatan pekerja dan perniagaan saling berkaitan - perniagaan lebih kukuh mewujudkan pekerjaan dan prospek yang lebih baik untuk pekerja; pekerja lebih mantap yang mempunyai kemahiran dan pengalaman membolehkan syarikat memanfaatkan sepenuhnya peluang dan berkembang.

3. Secara peribadi, apakah kisah yang paling tidak boleh anda lupakan dalam interaksi anda dengan pekerja?

Beberapa pengalaman dengan pekerja dan kesatuan telah meninggalkan pengajaran yang berpanjangan dalam diri saya.

Pengalaman terkini adalah lawatan saya ke Lapangan Terbang Changi sejurus berlakunya Covid-19. Ini adalah pertama kali Lapangan Terbang Changi tiada penumpang, kedai ditutup. Pesawat tidak bergerak dan diletakkan di landasan secara bersebelahan - satu pemandangan yang tidak pernah kita lihat sebelumnya.

Tetapi, ketika saya bertemu dengan sekumpulan kru SIA, saya sangat gembira dengan daya ketahanan mereka. Mereka tahu bahawa mereka bakal menghadapi hari-hari yang sukar. Tetapi mereka cekal mengharunginya, mengambil tugas - seperti duta penjagaan - untuk menyumbang dalam usaha memerangi Covid-19.

Saya juga mempunyai anggota kru udara yang menulis kepada saya, mengatakan bahawa memandangkan mereka tidak dapat terbang sekarang, mereka ingin menyumbang dengan cara lain.

Saya menantikan hari apabila pesawat SQ akan kembali ke udara. Ini mungkin memerlukan sedikit masa, tetapi hari itu akan tiba juga. Dan apabila kita mencapainya, ia adalah hasil usaha kru udara kita yang telah menghadapi krisis dengan tabah, yang menyesuaikan diri, yang enggan membiarkan Covid-19 melemahkan mereka.

Memang, saya lihat semangat ini di banyak industri dan pekerja. Saya harap mereka dapat memanfaatkan masa ini sekarang untuk mengubah dan memperkukuh diri agar mereka dapat terbang tinggi sekali lagi.


"Saya merasa amat rendah hati dengan anugerah ini dan menerimanya bagi pihak semua rakan kerjasama tiga pihak kami.

Kami telah berjaya membuat perubahan dalam kehidupan pekerja hanya kerana kerjasama tiga pihak yang kukuh di Singapura - bekerjasama untuk menjaga pekerja, perniagaan dan kepentingan nasional kita.

Sedang keadaan kita berubah selama beberapa dekad, pendekatan kita terhadap kerjasama tiga pihak telah berubah, tetapi kami tidak pernah putus asa daripada misi kami untuk mewujudkan kehidupan yang lebih baik untuk pekerja dan keluarga mereka."
- Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat dalam temu ramah dengan majalah 'Labour Beat NTUC'.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3