Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Temui minat dalam IT melalui program IMDA

Mar 19, 2018 | 05:30 AM



Semasa perbahasan jawatankuasa perbekalan (COS) baru-baru ini, pemerintah mengumumkan bahawa dana $145 juta akan diperuntuk untuk mewujudkan lebih 20,000 tempat latihan di bawah Skim Pemacu Kemahiran Teknologi (TeSA) sehingga 2020. Skim tersebut bertujuan membangunkan kemahiran teknologi dan memperkukuh tenaga kerja digital buat ekonomi Singapura. Apakah mungkin dorongan mereka yang memutuskan untuk menyertai skim tersebut. SITI AISYAH NORDIN (naisyah@sph.com.sg) meneroka kisah dua individu yang telah meraih manfaat dari skim tersebut.



SELEPAS tamat peperiksaan GCE peringkat 'O', Encik Mohammad Arif Rahman memutuskan berhenti bersekolah.



Sejak 2000, beliau mencuba pelbagai jenis pekerjaan, termasuk sebagai pelayan dan juga membantu perniagaan gunting rambut keluarganya.



Namun, beliau masih berasa tidak puas kerana tidak menemui sesuatu yang benar-benar diminati.



Setelah merasakan bahawa perniagaan keluarganya tidak sesuai dengan keperibadiannya, Encik Arif memutuskan keluar daripada perniagaan gunting rambut tersebut dan memandu Uber.



Ini walaupun beliau menyimpan minat dalam bidang IT, yang didorong oleh kegemarannya dalam permainan komputer yang sedikit sebanyak mengajar cara mengekod.



Namun, tanpa pendidikan dan latihan rasmi dalam bidang tersebut, Encik Arif menilai bahawa agak sukar untuk memasuki bidang tersebut.



Namun, seorang penumpang yang dipandunya menjadi titik permulaan baru dalam hidup Encik Arif.



"Beliau seorang juruteknik yang bekerja di salah sebuah syarikat teknologi. Saya pun bertanyakan kepadanya bagaimana beliau bermula dan sebagainya.



"Selepas beliau mendapat tahu saya mempunyai minat dalam bidang pengekodan, beliau menyarankan supaya saya sertai program General Assembly yang boleh membantu saya mendapat pekerjaan dalam bidang IT," jelas Encik Arif, yang kini bekerja sebagai pembangun web di Indorse, salah sebuah syarikat teknologi permulaan (start-up).



General Assembly merupakan salah satu program di bawah program Penempatan Pekerjaan Dalam Bidang Teknologi (TIPP) yang diperkenal Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA).



Ia bertujuan mengubah pekerja bukan ICT menjadi karyawan ICT yang bersedia memegang peranan dalam industri tersebut.



Setelah menyertai General Assembly dan menepati kriteria kelayakan, Encik Arif menghadapi satu lagi cabaran iaitu membayar wang deposit kursus tersebut.



"Walaupun saya layak mendapat geran untuk membantu dalam pembiayaan program tersebut, deposit masih lagi perlu dibayar.



"Pendapatan sebagai seorang pemandu Uber memang tidak seberapa. Untuk itu, saya memutuskan untuk menjual komputer 'custom made' saya demi membayar deposit kerana saya benar-benar ingin menambah kemahiran saya," ujarnya.



Walau begitu, beliau hampir berputus asa setengah jalan kerana mendapati kursus tersebut agak sukar difahami.



Namun isterinya menjadi pendorong utama menamatkan kursus tersebut.



"Isteri saya memberitahu saya lebih baik tamatkan kursus ini dan sejak itu beliau yang bekerja seorang diri untuk menyara keluarga. Memang saya amat berterima kasih kepadanya," tambahnya lagi.



Dalam tempoh empat bulan beliau bekerja di syarikat tersebut, Encik Arif akui telah menemui minatnya yang sebenar dan mempelajari banyak benda baru.



Encik Arif turut mendorong pekerja bukan ICT lain untuk jangan takut mencuba.



"Kita tidak sepatutnya berasa rendah diri hanya kerana kita tidak mempunyai sijil. Jika minat ada, kita boleh mencari jalan dan bekerja dengan cemerlang," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >