Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tenaga kerja asing bantu pindah kemahiran, isi kekurangan

Sep 13, 2022 | 05:30 AM



PEMINDAHAN kemahiran hanyalah satu cara tenaga kerja asing boleh menyumbang kepada Singapura dan mewujudkan peluang untuk rakyat negara ini, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Dalam beberapa bidang lain, tenaga kerja asing membantu merapatkan jurang antara permintaan dengan penawaran, dengan beberapa jurang itu boleh berterusan disebabkan trend setempat dan sejagat, contohnya, kekurangan bakat digital di seluruh dunia, tambah Dr Tan.



Dr Tan berkata demikian dalam kenyataan menterinya di Parlimen semalam dalam menjawab soalan Profesor Madya Jamus Lim (GRC Sengkang) tentang apakah syarat latihan dan pemindahan kemahiran boleh dikanunkan menjadi undang-undang.



Beberapa Anggota Parlimen (AP) sebelum ini juga telah mengutarakan idea bagi Pas Pekerjaan (EP) yang tempoh masanya terhad sebagai cara memastikan pemindahan kemahiran kepada pekerja tempatan.



Dr Tan bagaimana berkata beliau "akan berhati-hati terhadap pendekatan yang terlalu berkententuan".



"Pemindahan kemahiran merupakan satu lagi cara mereka boleh membuat sumbangan bermakna, namun ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk - dalam sesetengah kes, ia adalah untuk melatih pekerja tempatan untuk mengambil peranan mereka.



"Tetapi dalam yang lain, ia adalah untuk membawa kepakaran dalam bidang baru, untuk menyediakan kepimpinan dan mempertingkat lebih ramai rakyat Singapura.



"Pada akhirnya, pemindahan kemahiran bukan satu proses yang mudah, lurus - adalah mustahil untuk membuat satu peraturan tunggal tentang berapa lama masa yang diperlukan bagi kemahiran dipindahkan dari satu individu kepada individu lain, atau berapa banyak kemahiran untuk dipindahkan," kata Dr Tan.



Dalam kenyataan menterinya semalam, Dr Tan telah memberi butiran lanjut mengenai empat peningkatan khusus yang akan dibuat pada rangka kerja pas pekerjaan Singapura untuk menarik bakat terbaik dan karyawan teknologi berpengalaman dalam bidang yang kekurangan kemahiran.



Ini termasuk Pas Rangkaian dan Kepakaran Luar Negara yang bertujuan mendapatkan bakat sejagat yang memiliki rangkaian berharga, dan juga kemahiran dan kepakaran mendalam yang dapat membantu Singapura berkembang.



Dr Tan berkata pendekatan pemerintah bukan untuk menetapkan syarat mandatori bagi pemindahan kemahiran, tetapi untuk meletakkan ekosistem dasar betul yang memberi insentif kepada perniagaan memilih pekerja asing yang dapat melengkapi pekerja tempatan sementara membina teras rakyat Singapura yang kukuh.



"Ini termasuk mengekalkan pasaran buruh yang ketat melalui mengemas kini kriteria pas pekerjaan kita dengan kerap, di samping pelaburan besar untuk membantu tenaga kerja kita mempertingkat kemahiran," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >