Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tenaga kerja dijangka terjejas, pekerja M'sia rebut peluang pulang susuli VTL

Nov 12, 2021 | 05:30 AM



LEBIH ramai pekerja warga Malaysia dijangka merebut peluang untuk balik kampung mulai akhir bulan ini apabila skim Laluan Bagi Orang Sudah Divaksinasi (VTL) Singapura-Malaysia dilancarkan.



Sebagai langkah persediaan, ramai majikan telah membuat perancangan yang teliti bagi memastikan perniagaan mereka tidak akan terjejas serta tidak kekurangan tenaga kerja.



Menurut mereka yang ditinjau, para majikan faham keinginan golongan pekerja ini yang mahu pulang ke tanah air dan bersatu semula dengan keluarga selepas sekian lama tidak bersua.



Lantaran itu, majikan seperti pengasas syarikat pengilangan pes beku, Asyura Paste, Cik Norhuda Rabani, melakukan perancangan kerja dan jadual pekerja dengan teliti agar keperluan kededua pihak pekerja dan syarikat dapat dipenuhi.



"Berniaga dalam masa pandemik memang mencabar tetapi kami harus menyesuaikan diri.



"Sebagai majikan, kami turut faham keadaan mereka dan mahu mereka terus komited pada tugas serta pada masa yang sama, gembira dan lapang dada.



"Jadi cara terbaik untuk membantu golongan pekerja ini ialah untuk syarikat membenarkan mereka pulang secara bergilir-gilir agar semua ada peluang," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >