Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tenangkan mangsa kecemasan antara cabaran pegawai SCDF

Jan 28, 2021 | 05:30 AM



SELAMA 15 tahun bekerja di bawah Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), Pegawai Waran Kedua (WO2) Suhaimi Sani menyingkap pengalamannya yang paling beliau hargai dan tidak dapat lupakan.



Sebagai pakar operasi kanan di pusat operasi SCDF selama enam tahun, beliau menceritakan bahawa beliau menerima panggilan telefon '995' lalu memproses panggilan itu dan memesankan penghantaran dan pemantauan sumber daya SCDF untuk membantu dan memberikan maklumat tambahan dan gambaran keseluruhan laporan itu.



Pusat operasi SCDF adalah talian hubungan pertama untuk orang ramai yang memerlukan bantuan kecemasan bomba, penyelamat dan pertolongan HazMat.



Sebelum itu, beliau bekerja sembilan tahun di balai bomba.



Secara purata, WO2 Suhaimi akan menerima sekurang-kurangnya 80 panggilan sehari.



Antara panggilan yang terpahat dalam ingatannya ialah satu panggilan sekitar dua tahun lalu daripada seorang ibu yang menelefon dalam keadaan panik kerana bayinya tidak bernafas.



WO2 Suhaimi pada waktu itu baru sahaja menjadi seorang bapa dan beliau juga dapat rasakan perasaan ibu itu.



"Saya cuba sedaya upaya untuk menenangkan ibu itu, lalu meminta alamat dan lebih maklumat mengenai situasi itu. Seterusnya, saya mula membimbing beliau untuk melaksanakan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) untuk bayi.



"Setelah lima minit begitu, saya terdengar tangisan bayi di latar belakangnya. Saya juga turut rasa lega untuk ibu itu," singkap WO2 Suhaimi yang mengatakan kejadian itu telah memberikannya satu petanda bahawa beliau dalam bidang pekerjaan yang beliau inginkan.



Sifat beliau yang profesional telah dipuji dan beliau menerima Pingat Kecekapan sempena Anugerah Hari Kebangasaan Kementerian Ehwal Dalam Negeri.



"Saya berasa terkejut dan sangat rendah hati atas pengiktirafan ini. Namun pada hujung hari, saya lakukan ini bukan kerana anugerah, namun ia adalah tanggungjawab pekerjaan saya," jelas bapa seorang anak perempuan yang kini berusia dua tahun.



WO2 Suhaimi bekerjasama dengan pasukannya dan mengetuai 18 hingga 20 kakitangan.



Dalam pada itu, WO2 Suhaimi akui bahawa pekerjaan ini memerlukan beberapa ciri-ciri yang penting.



"Kami harus sentiasa berhati-hati dan tidak boleh melakukan kesalahan kerana kehidupan seseorang dipertaruhkan.



"Kami juga harus profesional dan kami tidak boleh terlalu mengikut perasaan ketika menangani panggilan. Akhir sekali, kami harus tenang dan mengekalkan profesionalisme," tambah WO2 Suhaimi yang melahirkan harapan untuk kembali ke balai bomba pada masa depan untuk mengongsi pengalaman yang diraih di pusat operasi SCDF.



"Melalui pengalaman saya di pusat operasi SCDF, saya belajar untuk menjadi seorang penyabar dan lebih bijaksana ketika menangani konflik atau masalah," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >