Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tender diberi bagi pertanian bandar di 9 tempat letak kereta atas bumbung flat HDB

Sep 30, 2020 | 07:14 PM



KENDERAAN di ruang meletak kereta  tidak lama lagi perlu memberi laluan bagi kegiatan menanam sayur-sayuran menyusuli pemberian tender bagi pertanian bandar di sembilan tapak meletak kereta atas bumbung flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).



Menjelaskan demikian dalam kenyataan pada Rabu (30 September), Agensi Makanan Singapura (SFA) berkata enam penender bagi lima tapak tersendiri dan dua tapak kelompok (setiap satu mempunyai dua ruang) telah diamanahkan bagi menyuntik pembaharuan bercucuk tanam di sembilan tempat meletak kereta. 



Setiap tapak dibuka bagi tender dengan tempoh sehingga tiga tahun.



Tender tertinggi sebanyak $90,000 bagi sewaan tahunan diberikan kepada IT Meng Landscape and Construction bagi mengendalikan tapak kelompok di Jurong West.



Salah satu tapak ini meliputi ruang sekitar 3,311 meter persegi – tiga perlima saiz padang bola – manakala yang satu lagi sebesar 2,974 meter persegi.



Tempat meletak kereta lain yang bakal diserikan dengan kegiatan bercucuk-tanam sayur adalah di sekitar Chua Chu Kang, Tampines, Hougang, Ang Mo Kio, Toa Payoh dan Sembawang.



Sementara itu, SFA turut melanjutkan tempoh tutup permohonan tender bagi mengendalikan tanaman pertanian umum dan sayur-sayuran di Lim Chu Kang dan Sungei Tengah kepada 12 tengah hari, 1 Disember 2020. Ini bagi membolehkan lebih banyak masa diberi buat penender mengirimkan usulan masing-masing.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >