PENGUASA Pengangkutan Darat (LTA) telah membuka proses bidaan tender bagi menilai sekitaran bagi pembinaan Laluan Rentas Pulau (CRL) hari ini.
Tender Penilaian Kesan Sekitaran (EIA) itu akan dilaksanakan dalam dua fasa - pertama, pihak perundingcara akan menilai ekosistem sedia ada, dan kedua menilai kesan ke atas sekitaran sewaktu pembinaan dilaksanakan.
Hasil dapatan EIA, bersama faktor lain seperti keserasian penggunaan tanah dan kesan ke atas bangunan dalam kawasan CRL, akan membantu pemerintah merancang laluan CRL, kata LTA dalam sidang medianya tadi.