Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tengok... jenguk anak dan keluarga, bantu mereka jauhi dadah: Faishal

Feb 21, 2022 | 05:30 AM



TENGOK-TENGOK, jenguk-jenguk dan sentiasa menjaga anak-anak dan keluarga.



Memberi nasihat itu semasa berucap di acara pendekatan belia anjuran Masjid An-Nur dengan kerjasama Biro Narkotik Pusat (CNB) sebagai sebahagian daripada kempen Dadah Itu Haram semalam, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, berkata keluarga juga harus terus memberi sokongan kepada anggota keluarga mereka yang terjerumus dalam kancah dadah, lebih-lebih lagi ketika mereka masih muda.



"Kalau kita melihat kelakuan mereka tiba-tiba berubah dan mereka melakukan perkara secara sembunyi-sembunyi, kita harus segera dapatkan bantuan.



"Saya gembira ramai orang telah tampil mendekati saya untuk mendapatkan bantuan sejak saya menyertai Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) satu setengah tahun lalu... dan dalam kalangan mereka yang terjejas (dengan dadah) sebelum ini, mereka juga berkata ini perkara betul yang harus dilakukan dan lebih banyak usaha perlu dijalankan," ujarnya.



Acara semalam, yang dinamakan Kehidupan Ini Terlalu Berharga, dihadiri sekitar 70 orang termasuk 30 orang secara fizikal di Masjid An-Nur dan bakinya menyertai menerusi wadah Zoom.



Di acara itu, Pegawai Pembangunan Belia Masjid An-Nur, Ustaz Md Lutfi Zulkifli, berkongsi tentang dadah daripada perspektif Islam.



"Kita harus saling membantu dan memberi sokongan tengok-tengok, jenguk-jenguk terutama sekali keluarga kita.



"Dan kalau kita sudah berjaya dan dapat mengelakkan (daripada masalah dadah), kita teruskan (usaha memberi sokongan) kepada saudara-mara kita pula.



"Perkara ini seperti dakwah juga. Ia bukan mudah... dan mereka memerlukan sokongan dan kekuatan," ujarnya.



Sementara itu, pegawai CNB, Encik Idrus Shaaban, turut tampil bercakap tentang trend penggunaan dadah dalam kalangan belia di sini.



Seorang bekas pesalah dadah yang kini berbakti sebagai pendamping di bawah perkhidmatan Pusat Khidmat Penjagaan Berterusan bagi Pesalah dan Keluarga (Fitrah), Cik Susanty Yaakop, pula berkongsi pengalaman beliau kembali ke pangkuan keluarga dan masyarakat setelah terjerumus dalam kancah dadah.



Pelakon kelahiran Singapura, Datuk Aaron Aziz, yang juga pempengaruh bagi kempen Dadah Itu Haram, turut berkongsi pengalamannya.



Golongan muda terus membentuk sebahagian besar daripada penyalahguna dadah kali pertama, dengan tiga daripada lima pesalah di bawah umur 30 tahun.



Oleh itu, Dr Faishal berkata usaha gigih perlu terus dijalankan bukan sahaja bagi meningkatkan kesedaran malah untuk menggalak mereka melibatkan diri dengan kegiatan lebih sihat serta menjauhi dadah.



"Kami tahu dadah itu berbahaya dan oleh itu, kami mahu menyelamatkan masyarakat kita daripada terjerumus dalam kancah dadah serta membantu mereka merebut lebih banyak peluang untuk meraih kejayaan dalam bidang pendidikan, mendapat pekerjaan yang baik serta membina keluarga masing-masing," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >