Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tentera laut SG, Indonesia selesai jalani latihan gerakan antiperiuk api

Aug 17, 2022 | 05:30 AM



ANGKATAN Laut Republik Singapura (RSN) dan Tentera Nasional Indonesia Angkatan Laut Indonesia (TNI AL) baru selesai menjalani 'Joint Minex Pandu'.



Diadakan dari 11 Ogos hingga semalam, kedua-dua negara itu mengadakan latihan gerakan antiperiuk api (MCM) dan latihan menyelam bagi meningkatkan keupayaan mereka di Batam berdekatan perairan Bintan, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.



Tahun ini, lebih 230 pegawai RSN dan TNI AL menyertai latihan itu.



Dalam latihan itu, RSN mengerahkan dua kapal antiperiuk api kelas-Bedok (MCMV), RSS Bedok dan RSS Punggol, dan kakitangan dari Unit Menyelam Tentera Laut.



TNI AL pula telah mengerahkan dua MCMV kelas Pulau Rengat, KRI Pulau Rengat dan KRI Pulau Rupat, dan pasukan penyelam.



Menurut Mindef, latihan itu terdiri daripada latihan perancangan, pertukaran profesional bagi mencari periuk api dan menyelam, operasi MCM bersama terhadap ancaman periuk api, operasi menyelam dan menaiki kapal dan tembakan senjata api secara langsung.



Timbalan Komander Komander Keselamatan Maritim / Pasukan Petugas Keselamatan Maritim, Kolonel Rinson Chua dan Komander Pasukan Petugas Tempur Laut TNI AL, Komander Armada Pertama, Laksamana Pertama Hudiarto Krisno Utomo membuka rasmi latihan itu di RSS Singapura - Pangkalan Tentera Laut Changi Khamis lalu.



Dalam ucapannya semasa acara tersebut, Kolonel Chua berkata Indonesia dan Singapura kedua-dua merupakan negara maritim.



"Kami adalah jiran rapat, dan berkongsi sempadan maritim yang sama. Kapal kami bertemu antara satu sama lain di laut setiap hari.



"Komitmen berterusan kami terhadap latihan dua hala yang penting ini, dan peningkatan dalam skop dan kerumitan latihan, adalah bukti tahap kepercayaan dan kerjasama yang mendalam antara kedua-dua tentera laut kami," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >