Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Tentera SAF mati selepas latihan di Kem Kranji

Feb 26, 2021 | 09:02 PM



SEORANG tentera Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) meninggal dunia pada Jumaat (26 Februari) selepas tamat latihan fizikal di Kem Kranji.



Dalam satu kenyataannya, Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata, lelaki 39 tahun itu terasa kurang sihat selepas latihan dan dihantar ke Pusat Perubatan Kem Kranji pada 8.30 pagi.



Beliau berada dalam keadaan sedar  ketika dibawa ke Hospital Universiti Nasional (NUH) pada 8.50 pagi.



Namun, beliau mengalami serangan jantung dalam perjalanan ke NUH dengan usaha memberinya pernafasan kecemasan dilakukan segera.



Ambulans tiba di NUH pada 9.10 pagi. Beliau disahkan meninggal dunia pada 10.58 pagi.



Mindef dan SAF menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga tentera ini sambil menambah, SAF sedang membantu keluarganya dalam tempoh bersedih ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >