Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Tentera udara dan laut gabung dalam segmen NDP

Tampilkan penyelam terjun dari helikopter
Jul 26, 2022 | 05:30 AM



PERSEMBAHAN yang mendebarkan oleh Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) dan Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) adalah di antara pertunjukkan yang penonton boleh nantikan pada Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) tahun ini.



Dalam sesingkat dua minit bagi segmen Paparan Pertahanan Mutlak (TDD), para penonton dapat melihat bagaimana pihak RSN dan RSAF bergabung tenaga untuk melaksanakan segmen 'Helocast' itu.



Segmen 'Helocast' itu akan menampilkan persembahan simulasi serangan pengganas bagi mempamerkan usaha RSN dan RSAF menangani cabaran ancaman keselamatan.



Ia akan mempamerkan helikopter Chinook terkini, CH-47F, yang menawarkan kenaikan taraf keupayaan avionik dan pandu auto di mana enam penyelam akan terjun secara berturut-turut dari helikopter itu.



Dalam masa itu juga bot tentera Combat Craft Medium (CCM) dan penyelam tentera laut akan dikerah mengejar jet ski berkelajuan tinggi untuk menangani 'pengganas' yang sedang memecut dengan jet ski.



Meskipun segmen mendebarkan itu hanya sesingkat dua minit, namun, mengerah penyelam tentera laut ke perairan Marina Bay dari helikopter untuk persembahan NDP di Pentas Terapung Marina Bay memerlukan masa yang tepat dan latihan selama berbulan-bulan.



Menurut Mejar Daniel Goh, 42 tahun, melaksanakan segmen 'Helocast' itu dengan selamat untuk persembahan yang baik memerlukan banyak penyelarasan antara beberapa pihak yang terlibat dalam segmen tersebut.



Segmen itu kali terakhir dipamerkan pada 2017.



Ia kini memaparkan helikopter Chinook baru CH-47F yang mampu bergerak dengan lebih mudah dan dengan ketepatan lebih tinggi berbanding model Chinook sebelumnya.



Namun demikian, cabarannya terletak pada mengatur pergerakan dalam kawasan kecil dan dalam masa yang singkat.



"Dalam tempoh yang singkat sekitar dua minit, terdapat pelbagai acara diadakan serentak, jadi adalah penting bagi semua petugas yang terlibat untuk membiasakan diri kami dengan peranan dan tanggungjawab masing-masing," ujar beliau.



Mejar Goh menambah, ekoran ruang yang kecil, para penyelam juga perlu menentukan masa yang tepat untuk terjun satu demi satu dari helikopter Chinook itu.



Bagi penyelam tentera laut, Mejar Daniel Chow, 36 tahun, beliau akur ruang lebih kecil di kawasan Marina Bay berbanding laut luas di mana mereka biasanya berlatih bermakna aksi bot berkelajuan tinggi mengejar jet ski perlu dilaksanakan pada masa amat tepat.



Menurut Mejar Chow, para penyelam memulakan latihan dengan terjun di dalam kolam.



Mereka kemudian bergerak ke laut sebelum berlatih dengan rakan tentera udara mereka di Pentas Terapung Marina Bay.



Bagi tentera udara pula, Mejar Goh berkata mereka menggunakan simulator penerbangan untuk bersiap sedia bagi latihan untuk segmen tersebut.



Pasukan itu turut menjalankan tinjauan darat bagi mengenal pasti halangan baru yang mungkin mereka temui memandangkan landskap Marina Bay yang telah berubah sejak lima tahun yang lalu.



Mereka juga menjalankan tinjauan gambaran keseluruhan udara bagi mengambil kira bangunan dan orang ramai. Ini untuk memastikan persembahan mereka boleh dijalankan dengan selamat.



Kedua-dua tentera udara dan laut telah memulakan perancangan dan latihan untuk segmen 'Helocast' itu seawal Mei.



Bagi Pegawai Waran Ketiga (3WO) 'Riptide', penyelam tentera laut yang tidak boleh dinamakan atas sebab keselamatan, berkata terdapat banyak peringkat yang mereka lalui sebelum persembahan sebenar berlaku.



"Apabila kami berlatih, kami sentiasa melakukannya di darat sebelum kami mulakan latihan di dalam air.



"Di dalam air pula, kami akan melakukannya dengan secara perlahan dahulu daripada kelajuan 25 peratus kepada 50 peratus, 75 peratus dan kemudiannya baru meningkat ke 100 peratus kelajuannya," kata beliau yang akan memandu bot CCM dalam aksi kejar-mengejar berkelajuan tinggi.



Apa yang nyata, pasukan itu teruja menyajikan persembahan bagi NDP kali ini setelah berbulan lamanya berlatih demi mencapai ketepatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >