Teraju badan kemasyarakatan Johor-S'pura bertukar tangan
Presiden, setiausaha dari Singapura undur diri daripada dicalonkan semula
Sep 03, 2015 | 05:30 AM
PUCUK pimpinan persatuan kemasyarakatan Johor-Singapura telah bertukar tangan dengan pengunduran presiden dan setiausahanya dari Singapura.
Haji Wan Hussin Zoohri, pengasas Persatuan Kemasyarakatan Prihatin Johor-Singapura (JSCA) yang ditubuhkan pada Mac 2012, menyatakan demikian kepada wartawan Berita Harian dalam satu pertemuan.