Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terajui usaha madrasah laksana HBL semasa pandemik

Jul 30, 2022 | 05:30 AM



CABARAN pandemik Covid-19 memang sukar, namun ia juga mendorong kakitangan awam seperti Cik Zanaria Jusary untuk keluar daripada zon keselesaannya dan memikirkan kaedah baru untuk menyumbang kepada masyarakat.



Ketua Pendidikan Belia dan Masyarakat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) yang berusia 36 tahun itu memainkan peranan penting semasa terlibat sama dalam penubuhan rancangan latihan madrasah selain memimpin pasukan bertindak Pembelajaran Di Rumah (HBL) bagi Madrasah.



Atas dedikasi serta sikap juang dalam melaksanakan tugasannya, ibu seorang anak itu terpilih selaku salah seorang penerima Anugerah Transformasi Sektor Awam (PST), semalam.



Anugerah PST merupakan penganugerahan tahunan yang mengiktiraf agensi awam serta para pegawai di atas kecemerlangan mereka dalam tugasan serta amalan organisasi, yang mencerminkan ciri-ciri PST seperti ketangkasan, inovasi, dan kecemerlangan dalam perkhidmatan.



Selain itu beliau turut menggalak pembelajaran dalam kalangan guru menggunakan satu rangka kerja yang membenarkan mereka mendapat maklum balas langsung menerusi pemantauan terhadap reaksi pelajar.



Laporan lanjut: Pegawai Muis cekap urus pembelajaran madrasah semasa pandemik




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >