Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terapi kuda semakin popular di Singapura

Oct 20, 2019 | 05:12 PM



WALAUPUN cuaca agak panas, 10 penghuni rumah tumpangan ini tidak sabar mahu bersiar-siar bersama dua ekor kuda.



Kuda Argentina, Costera dan Valentina, merupakan ‘bintang’ sesi program kendalian badan amal Equal-Ark Singapore, di mana warga emas berpeluang menyertai terapi kuda untuk memperbaiki kesejahteraan emosi mereka yang menghidap demensia atau kemurungan, lapor The Straits Times (ST).



‘Bekerja’ dengan haiwan ini adalah sesuatu yang baru bagipenghuni Rumah Penjagaan St Theresa, Cik Bertha Hang, 74 tahun.



“Saya amat bahagia dengan kuda - saya boleh jalan bersama mereka, menyentuh mereka,” katanya sambil memberus kuda bernama Valentina menggunakan tangan kanannya yang kodong.



Cik Hang, yang hilang empat anggota badannya akibat gangrene pada 2003, telah dimasukkan ke hospital kerana sepsis, penyakit yang mengancam nyawa akibat tindak balas badan terhadap jangkitan, tahun lepas.



Membersihkan kuda adalah peranan yang ‘terbalik’ bagi Cik Heng, ia juga memperkasakan beliau, serta penghuni yang lain, yang biasanya menerima jagaan.



Terapi menggunakan haiwan seperti kucing atau anjing amat biasa di sini tetapi terapi kuda semakin popular.



Tujuan terapi ini adalah untuk membentuk kemahiran dan ciri-ciri asas, menerusi interaksi bersama kuda.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >