Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terbang lintas hormat sempena ulang tahun ke-50 RSAF

Jan 18, 2018 | 04:19 PM



SATU acara terbang lintas hormat merangkumi lebih 20 pesawat di kawasan Marina Bay semasa hujung minggu Hari Kebangsaan adalah antara acara kemuncak yang bakal berlangsung sempena sambutan ulang tahun ke-50 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) tahun ini.



Acara lain termasuk pertunjukan udara menampilkan pesawat F-15SG dan dua pesawat F-16C di Pertunjukan Udara Singapura bulan depan, pameran di kawasan kejiranan serata negara pada bulan Mac dengan Mei, dan perbarisan peringatan yang akan dihadiri Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada 1 September ini.



Satu acara RSAF50@Bendungan Marina akan dianjurkan semasa hujung minggu Hari Kebangsaan pada 11 dan 12 Ogos, dengan terbang lintas hormat itu antara lain akan menampilkan buat pertama kali kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).



Semua jenis aset udara - pesawat pejuang, helikopter, UAV dan pesawat pengangkutan - akan menyertai acara itu.



Satu persembahan pertunjukan udara dengan pembentukan dua helikopter penyerang AH-64D dan pesawat pejuang F-15SG dan F-16 telah juga diatur.



Sempena ulang tahun ke 50 RSAF, satu pameran angkatan udara akan diadakan di tiga kawasan kejiranan baru tahun ini - Bedok, Sembawang dan Punggol.



Ini di samping dua lokasi - Toa Payoh dan Jurong East - di mana kegiatan bagi ulang tahun ke-45 RSAF diadakan.



Pameran di setiap kawasan kejiranan akan diadakan selama dua hari pada hujung minggu.



Selain panel pameran dan pertunjukan pesawat statik, demonstrasi secara langsung akan diadakan, seperti pertunjukan mengendalikan helikopter di Sembawang pada 31 Mac dan 1 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >