Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terbang tinggi kemudi jet pejuang F-15

Jun 26, 2021 | 05:30 AM



KALI pertama mengemudi jet pejuang F-15, jiwa Kapten Muhammad Iskandar Dzulfadhli Abdul Rahman diisi rasa bangga atas penghormatan menjadi sebahagian pasukan yang mempertahankan ruang udara tanah air tercinta.



"Untuk mengemudi pesawat canggih seperti F-15 dan terbang mengelilingi Singapura serta menyedari bahawa saya memainkan peranan dalam mempertahankan ruang udara negara ini, adalah detik yang sangat membanggakan," kata juruterbang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) itu.



Dengan peluang tersebut, dia juga berjaya merealisasikan cita-cita yang dipendamnya sejak di bangku sekolah lagi.



Kapten Iskandar, yang menyertai RSAF sejak 14 tahun lalu, merupakan antara 724 kakitangan dari Ibu Pejabat Kementerian Pertahanan (Mindef), RSAF dan Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) yang dinaikkan pangkat semalam.



Kapten Iskandar akan dinaikkan pangkat kepada Mejar mulai bulan depan.



Kejayaan pegawai itu diraikan dalam satu majlis di Mindef yang turut dihadiri Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, dan Ketua Pasukan Pertahanan, Leftenan-Jeneral Melvyn Ong.



Sebagai sebahagian daripada langkah membendung penularan Covid-19, mereka yang menghadiri majlis tersebut telahpun menerima vaksinasi sepenuhnya dan menjalani ujian praacara.



Menyingkap perjalanannya dalam menjadi seorang juruterbang jet pejuang F-15, Kapten Iskandar, 33 tahun, berkata semuanya bermula apabila dia didedahkan kepada dunia penerbangan oleh bapanya yang bertugas sebagai jurutera pesawat bersama syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA).



Kapten Iskandar kemudian menyertai program pemodelan aeroangkasa yang dikendalikan Kelab Penerbangan Belia Singapura (SYFC) sebelum menyertai program Lesen Juruterbang Privet (PPL).



"Di situlah saya mula mendapat pengalaman mengemudi pesawat kecil dan tenaga pengajar di sana - ramai di antara mereka bekas pegawai RSAF - menjadi inspirasi saya menceburi kerjaya bersama Angkatan Udara," katanya lagi.



Sebagai juruterbang RSAF, Kapten Iskandar juga mendapat pendedahan bagi mengembangkan potensinya termasuk sewaktu diberi tanggungjawab mengetuai latihan tentera udara berbilang negara, Cope Tiger, sebagai komander misi.



Latihan yang diadakan pada 2015 itu membabitkan 70 pesawat dari RSAF, Angkatan Udara Diraja Thai dan Angkatan Udara Amerika Syarikat.



Kapten Iskandar, yang juga memiliki ijazah sarjana dalam bidang Dasar Awam dari Universiti Oxford, berkata nasihat yang masih dia pegang sehingga hari ini ialah untuk sentiasa bersikap rendah hati.



"Dibesarkan dalam keluarga sederhana, apa yang telah saya kecapi dalam kerjaya saya ini bukanlah atas usaha saya sendiri sahaja. Ia merupakan sokongan dan bantuan yang saya terima dari mereka yang sentiasa berada di sisi saya," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >