PELBAGAI cara telah dilakukan penduduk untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-50 Singapura, dan Encik Kassim Bachik tidak mahu ketinggalan melakukan yang sama.
Beliau telah memilih menerbitkan buku kartunnya yang pertama berjudul Kenanganku. Mentelah pula beliau mempunyai beberapa sebab lain yang mendorongnya berbuat demikian.