Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Terdapat garis panduan jelas tangani isu diskriminasi di IHL: Maliki

Jul 06, 2021 | 05:30 AM



INSTITUT Pendidikan Tinggi (IHL) mempunyai garis panduan jelas terhadap kelakuan tidak profesional atau bersifat diskriminasi dan kedua-dua pelajar dan kakitangan yang mengalami sebarang bentuk diskriminasi tidak harus teragak-agak melaporkannya kepada pihak instituisi dengan serta-merta, tegas Menteri Kedua Pendidikan, Dr Mohamad Maliki Osman.



Beliau menambah terdapat saluran dan proses maklum balas bagi pelajar untuk membuat laporan termasuk memberitahu kakitangan kanan atau anggota fakulti melalui e-mel atau mekanisme maklum balas.



Di IHL, maklumat mengenai saluran maklum balas diuar-uarkan melalui pelbagai platform termasuk laman web instituisi, buku panduan dan portal pelajar.



Pelajar juga diberitahu mengenai saluran maklum balas itu semasa sesi pendaftaran dan taklimat orientasi.



Dr Maliki berkata demikian di Parlimen semalam sebagai menjawab soalan yang diajukan Cik Raeesah Khan (GRC Sengkang) dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Dr Shahira Abdullah mengenai prosedur dan saluran maklum balas yang terdapat di instituisi pendidikan bagi menangani sebarang bentuk diskriminasi.



Meski pelajar dan kakitangan boleh memilih untuk tidak memberi nama apabila memberikan maklum balas atau melaporkan sebarang insiden, Dr Maliki berkata pihak kementerian menggalak mereka untuk mengenal pasti diri mereka dan memberikan butiran agar siasatan lebih mendalam boleh dijalankan.



"Pelajar dan kakitangan mempunyai jaminan bahawa mereka akan disokong dan dilindungi, dan maklum balas mereka akan ditangani secara sensitif serta secara rahsia," kata Dr Maliki.



Tindakan tegas juga akan diambil bagi setiap kes yang dilaporkan untuk menyiasat kes tersebut selain menawarkan sokongan kaunseling kepada individu yang terjejas.



Mereka yang terlibat dalam insiden itu akan diwawancara dan bukti akan dikumpul untuk memastikan kesahihannya.



"Mereka yang didapati melanggar Kod Tatalaku akan dikenakan tindakan disiplin dan kaunseling," tambah beliau.



Dalam pada itu, Cik Khan turut bertanyakan soalan tambahan sama ada Kementerian Pendidikan (MOE) akan menimbangkan untuk menerbitkan laporan mengenai aduan diskriminasi, Dr Maliki berkata laporan mengenai insiden sedemikian agak rendah dan setiap kes yang dikemukakan akan ditangani institusi sekolah secara serius.



"Saya ingin menegaskan bahawa apa jua maklum balas dan insiden perkauman tidak boleh diterima sama sekali dan sebarang laporan yang dibuat akan disiasat dengan sepenuhnya," katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >