Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PENERIMA BIASISWA HOME TEAM

Terdorong jaga keselamatan negara

Aug 15, 2018 | 05:30 AM



SEMASA Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pemimpin Korea Utara Kim Jong Un bertemu di Singapura 12 Jun lalu, Konstabel Khas (SC) Hazim Fathul Rahman antara 5,000 pegawai Home Team yang dikerahkan bertugas.



Anggota Perkhidmatan Negara (NS) polis sepenuh masa berusia 19 tahun itu sebahagian Pasukan Tindak Balas 'In Situ' (IRT) di bawah Komand Keselamatan Perlindungan (ProCom).



Beliau ditugaskan memeriksa kenderaan yang keluar dan masuk ke dalam kawasan Hotel St Regis, tempat Encik Kim dan rombongannya menginap.



Pengalaman bertugas di samping pegawai polis lain ketika itu meninggalkan kesan dalam diri SC Hazim.



Beliau kemudian memutuskan mahu terus berbakti dengan Pasukan Polis Singapura (SPF).



"Semasa waktu rehat, saya sempat bertanya mengapa mereka memilih berkhidmat dengan SPF dan tentang tugas mereka. Rata-ratanya, saya mendapati ada satu tema sama dalam semua jawapan mereka.



"Walaupun tugasnya mencabar, dengan waktu kerja yang panjang dan pelbagai pengorbanan yang harus dibuat, mereka berkata tugas itu amat bererti kerana ia menyumbang kepada keselamatan Singapura. Itu yang membuat saya bertekad ingin berkhidmat dengan SPF," katanya.



Beliau antara lima penerima Biasiswa Pemerintah Singapura (SGS) tahun ini.



SC Hazim menerima biasiswa itu daripada Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, dalam majlis di Istana semalam.



Menurut SC Hazim, pengalaman yang dikongsi jurulatihnya di Komand Latihan Polis (Tracom), Staf Sarjan Kanan (SSSGT) Abdul Aziz Abdul Rashid, juga mendorongnya agar terus berbakti dengan SPF.



"Daripada perkongsian SSSGT Abdul Aziz... Saya sedar bahawa pegawai polis memainkan peranan bukan sahaja memerangi jenayah, malah menyelamatkan nyawa.



"Dalam landskap hari ini, pegawai polis turut menghadapi pelbagai ancaman yang rumit termasuk pengganasan," kata SC Hazim, yang juga lulusan Raffles Institution (RI).



Anak tunggal superintenden kelompok sekolah dan naib pengetua sekolah menengah itu akan selesai menjalani NS pada November tahun depan.



Beliau merancang melanjutkan pengajian dalam jurusan biologi di Universiti Oxford atau Cambridge di Britain.



Seusainya pengajian di universiti nanti, SC Hazim berharap dapat membantu negara menangani pelbagai ancaman yang berubah-ubah.



Walaupun ibunya Haslinda Zamani bimbangi keselamatannya, SC Hazim berkata beliau sentiasa meyakinkan ibunya bahawa beliau telah dilatih supaya menjalankan tugas dengan baik.



Bahkan, beliau memegang pada prinsip bahawa sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan keselamatan Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >