Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Terharu sikap orang sekeliling yang prihatin

Apr 10, 2022 | 05:30 AM



MEMANG bukan mudah untuk menjadi penghantar makanan lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan dengan cuaca yang tidak menentu.



Tetapi apabila orang disekeliling menghargai apa yang dilakukan, ia membuat tugas menghantar lebih manis lagi.



Itulah pengalaman yang dialami penghantar makanan Grab, Encik Aldani Thye.



Menurutnya, beliau rasa terharu apabila ada pelanggan dan juga pemilik kedai yang prihatin bahawa penghantar makanan Muslim sepertinya sekarang sedang menjalani ibadah puasa.



"Ada pelanggan yang sempat memberikan saya air kotak apabila mereka tahu waktu saya menghantar makanan mereka hampir dengan masa waktu berbuka puasa.



"Ada yang depan rumah macam minimart dan menyuruh kita mengambil apa jua makanan atau minuman yang disediakan.



"Kadangkala tindakan kecil sebegini, meski tidak begitu ketara, ia begitu bermakna terutama bagi penghantar makanan seperti saya," ujarnya.



Yang menjadikannya lebih bermakna ialah mereka yang prihatin itu merupakan pelanggan yang bukan Muslim.



Encik Aldani yang sering membuat penghantaran di kawasan bandar berkata beliau terkesan dengan kebaikan yang ditonjolkan masyarakat lain semasa bulan Ramadan ini.



Malah bukan itu sahaja, pemilik restoran juga, meski bukan yang halal, sempat menyediakan snek mudah sama ada biskut, kurma dan air untuk diambil penghantar makanan Muslim.



Bagi bujang 31 tahun ini, tindakan sedemikian mencerminkan kerharmonian kaum yang dinikmati warga Singapura selama ini.



"Bayangkan kita ambil makanan dari restoran Cina yang pastinya tidak menjual kurma.



"Tetapi kerana sikap mereka yang prihatin penghantar makanan sedang berpuasa, mereka membeli dan sediakan kurma untuk kita mengambilnya sekiranya perlu berbuka puasa sedang dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan mereka," tambahnya.



Tindakan prihatin itu juga kata Encik Aldani dapat dirasai dalam kalangan penghantar makanan juga.



Mereka yang bukan beragama Muslim akan memberi laluan kepadanya jika mereka tahu sudah hampir masa untuk berbuka.



"Mereka akan beritahu pegerai untuk menyediakan pesanan saya dulu sebelum mereka agar cukup masa untuk saya hantar dan berbuka sebentar.



"Kadangkala saya tolak juga tetapi ada yang katakan, 'It's OK bro, I still got time', ini yang membuat saya rasa terharu sangat," akuinya.




SENTUHAN PELANGGAN

"Ada pelanggan yang sempat memberikan saya air kotak apabila mereka tahu waktu saya menghantar makanan mereka hampir dengan masa waktu berbuka puasa.

Ada yang depan rumah macam minimart dan menyuruh kita mengambil apa jua makanan atau minuman yang disediakan."



SENTUHAN PEMILIK RESTORAN

"Bayangkan kita ambil makanan dari restoran Cina yang pastinya tidak menjual kurma.

Tetapi kerana sikap mereka yang prihatin penghantar makanan sedang berpuasa, mereka membeli dan sediakan kurma untuk kita mengambilnya sekiranya perlu berbuka puasa sedang dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan mereka.



SENTUHAN PEKERJA PENGHANTARAN LAIN

"Mereka (penghantar makanan bukan Muslim) akan beritahu pegerai untuk menyediakan pesanan saya dulu sebelum mereka agar cukup masa untuk saya hantar dan berbuka sebentar.

Kadangkala saya tolak juga tetapi ada yang katakan, 'It's OK bro, I still got time'."



- Penghantar makanan Grab, Encik Aldani Thye.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >