Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Terima aduan terhadap 3 kontraktor ubah suai: Case keluarkan amaran

Apr 14, 2022 | 05:30 AM



PERSATUAN Pengguna Singapura (Case) telah mengeluarkan amaran kepada pengguna selepas ia menerima aduan mengenai tiga kontraktor pengubahsuaian.



Kontraktor tersebut ialah Sense Construction Werkz, Sense Visual dan K & L Interior. Case menerima sembilan, tujuh dan lima aduan masing-masing dari 1 November tahun lalu hingga 31 Mac tahun ini.



Pengguna mengadu bahawa mereka telah membuat pembayaran hampir penuh atau sebahagian untuk projek pengubahsuaian, tetapi kerja-kerja itu kerap ditangguhkan atau dibiarkan tidak siap, kata Case semalam.



Menurut pengguna, ketiga-tiga kontraktor itu menyebut kekurangan tenaga kerja dan kakitangan dijangkiti Covid-19 sebagai sebab kelewatan.



Sesetengah pengguna juga melaporkan bahawa syarikat itu meningkatkan kos projek tanpa persetujuan mereka, dan membuat kesilapan dalam kerja-kerja pengubahsuaian, elektrik dan cat.



Mereka melaporkan bahawa syarikat itu tidak memberi respons terhadap permintaan agar kerja pengubahsuaian yang belum selesai dilaksanakan, dan untuk memperbaiki kekurangan yang tertunggak.



Syarikat juga meminta bayaran pendahuluan untuk meneruskan kerja namun tidak menyiapkan kerja tertunggak mengikut jadual.



Jumlah nilai kontrak kerja-kerja pengubahsuaian berjumlah dianggarkan $580,000, menurut pengguna.



Sebagai tindak balas kepada aduan pengguna, Case telah mengeluarkan surat amaran kepada tiga perniagaan dan menggesa mereka supaya memenuhi kewajipan kontrak mereka terhadap pengguna.



"Case sedang memantau kontraktor pengubahsuaian dengan teliti, dan tidak akan teragak-agak untuk merujuk mereka kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Singapura untuk siasatan lanjut tentang kemungkinan amalan tidak adil di bawah Akta Perlindungan Pengguna (Perdagangan Adil)," kata badan pemerhati pengguna itu.



Berdasarkan rekod daripada Pihak Berkuasa Kawal Selia Perakaunan dan Korporat, Sense Construction Werkz dan K & L Interior mempunyai pengarah dan setiausaha yang sama.



Sense Construction Werkz dan K & L Interior juga mempunyai alamat pejabat berdaftar yang sama di 10 Admiralty Street, North Link Building.



Mengikut aduan yang diterima dan kontrak yang ditandatangani oleh pengguna, Sense Visual mempunyai orang hubungan yang sama seperti Sense Construction Werkz dan K & L Interior.



Case menasihatkan pengguna yang mengambil khidmat kontraktor pengubahsuaian supaya melakukan pemeriksaan wajar dan elak daripada membuat pembayaran yang besar terlebih dahulu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >